• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gotong-Royong Akan Jadi Budaya Masyarakat Perlis

oleh AK-47
11/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR – Bagi menjayakan hasrat kerajaan negeri menjadikan Perlis negeri bandaraya menjelang tahun 2030, Majlis Perbandaran Kangar (MPK) akan menjadikan gotong-royong sebagai budaya masyarakat tempatan Perlis.

Yang Dipertuanya, Khairin Nazri Karim berkata konsep gotong-royong lebih berkesan dalam mendidik rakyat bagi memastikan kebersihan dan keindahan kawasan persekitaran mereka terpelihara.

Program gotong-royong akan terus diadakan dengan membabitkan agensi-agensi kerajaan di bawah konsep Strategi Lautan Biru (NBOS) pada masa hadapan, katanya kepada pemberita selepas melancarkan aktiviti gotong-royong di sini, hari ini.

Aktiviti itu bermula pagi dan berakhir tengah hari ini di kawasan bulatan berhampiran Kompleks Imigresen , Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar, disertai anggota serta ahli-ahli majlis MPK turut menanam pokok, mengecat mercu tanda Selamat Datang Ke Padang Besar dan memangkas dahan-dahan pokok.

“Saya berharap konsep gotong-royong ini juga berupaya mengubah minda masyarakat agar lebih memahami arah tuju kerajaan negeri untuk mencapai wawasan negeri bandaraya yang kebersihan dan mentaliti rakyat merupakan antara ciri penting untuk menjayakannya,” tambah beliau.

Menurut Khairin Nazri aktiviti sama akan diadakan di sempadang Perlis/Kedah di Sanglang esok. – BERNAMA

Tags: gotong-royong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gotong-Royong Wujudkan Kesedaran Orang Ramai Mengenai Kebersihan

23/09/2018
0

SANDAKAN - Pelaksanaan program gotong-royong penting dalam mewujudkan kesedaran orang ramai dalam menjaga kesihatan diri, keluarga dan persekitaran. Justeru, Menteri...

1,500 Penduduk Keningau Gotong-Royong Kawal Aedes

09/09/2016
0

KENINGAU - Seramai 1,500 penduduk Keningau daripada pelbagai lapisan hari ini mengambil bahagian dalam aktiviti gotong-royong perdana sempena kempen mengawal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd