• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Google Tawar ‘Rumah Kedua’ Untuk Petugas

oleh Ahmad Albab
04/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Adakah anda mengidamkan suasana dan lingkungan kerja yang santai dan nyaman seakan berada di rumah? Malah..kemudahan untuk menikmati hidangan, alat permainan kegemaran anda dan hiburan hanya beberapa langkah sahaja dari stesen kerja anda.

Menyedari modal insan merupakan aset paling penting dalam sesuatu perniagaan, maka syarikat internet gergasi berpangkalan di Amerika Syarikat itu menyediakan budaya kerja berbeza jika dibandingkan dengan perusahaan teknologi yang lain.

Keistimewaan dalam rumah di ruang pejabat yang menjadi ciri unik ditawarkan oleh Google Malaysia kepada semua petugas sebaik sahaja diterima sebagai ‘Googley’, sekali gus Google menjadi salah satu tempat idaman untuk bekerja dalam dunia.

Faktor keseronokan dan keselesaan petugas sebagai perkara utama, pejabat Google Malaysia menempatkan antara lain ‘Gerai Gugel’ yang menyediakan makanan percuma, arked permainan lengkap dengan permainan video, tayangan filem, karaoke serta lawatan tukang urut sebulan sekali.

Google membuka pejabat di Malaysia secara rasmi pada Januari 2011 sebelum berpindah ke lokasi baharu di Menara Axiata berhampiran Kuala Lumpur Sentral pada 2013.

Menurut Ketua Komunikasi dan Petrhubungan Awam Google Malaysia dan Asia Selatan, Zeffri Yusof, matlamat utama menyediakan ruang sosial adalah untuk mewujudkan suasana dan tempat kerja yang amat selesa bagi semua petugasnya.

“Kami mahu tempat kerja kami cukup selesa seakan berada dalam rumah sendiri. Kami mahu mewujudkan perasaan ‘rumah kedua’dalam kalangan petugas. Saya fikir mereka akan lebih produktif dan bekerjasama dalam mewujudkan budaya pencapaian tinggi dalam bekerja.

“Kebiasaan, kami bekerja lapan jam sehari atau lebih..oleh itu kami ingin petugas kami berasa selesa. Apabila keperluan paling asas dijaga, kami percaya mereka lebih fokus untuk memenuhi keperluan kerja pada masa ini,” kataya dalam temu bual dengan Bernama di pejabat Google Malaysia, di sini, baru-baru ini.

Katanya, selain menghabiskan terlalu banyak masa untuk bermesyuarat dan bekerja di luar pejabat, petugas boleh menggunakan sepenuhnya ruang dan kemudahan yang disediakan oleh syarikat bagi membantu mereka supaya lebih produktif.

“Ini adalah cara terbaik untuk mewujudkan ruang kerja yang benar-benar baik supaya orang suka datang atau melawat. Ini semua dalam satu tempat di mana kami boleh melayan rakan-rakan, media dan pelanggan. Setiap bilik mesyuarat mempunyai tema tersendiri untuk menyegarkan mood dan ia lebih menyeronokkan,” katanya.

“Bila kita berjumpa, ambil tahu tentang kerja masing-masing, pastinya ada kerjasama silang-fungsi. Ia akan buat kita rasa lebih selesa. Kalau kita tidak kenal langsung, memang susah nak bekerjasama. Bila dah ada sesi suai kenal, lebih senang untuk bekerjasama. Mungkin dari sesi itu, boleh tercetusnya idea baharu,” katanya.

Keistimewaan seperti ini diberikan kepada semua petugas (Googley) di seluruh dunia tetapi fasiliti yang disediakan bergantung kepada saiz pejabat dan budaya sesuatu negara.

“Di Malaysia ada tulisan Google daripada corak batik. Konsep reka bentuk pejabat menampilkan ciri-ciri tempatan kerana matlamat kami biasanya memelihara budaya tempatan dengan gabungan budaya global.

“Pejabat yang besar akan ada lebih banyak kemudahan seperti gym, lebih banyak kafe. Pejabat di Malaysia agak kecil menyebabkan tidak semua kemudahan dapat kita sediakan. Kita ada kerusi urut, ruang untuk berehat, berinteraksi, nak cari inspirasi, makan semua memang cukup (disediakan) dan tidak ada alasan untuk keluar cari makan melainkan mahu tukar selera,” katanya.

Zeffri berkata petugas memahami budaya ini dan tahu mereka mempunyai tanggungjawab tanpa menyalahgunakan keistimewaan yang diberikan.

Menurutnya, mereka tidak melakukan pendekatan preskriptif dari segi apa yang boleh dan tidak boleh lakukan dan menganggap semua ‘Googley’ jenis orang yang boleh serius dalam kerja tanpa ‘memakai suit’ tetapi bekerja seperti orang korporat.

“Mana-mana persekitaran kerja yang menjaga keperluan asas petugas adalah mungkin satu langkah ke hadapan. Ia adalah mudah untuk mendapatkan yang terbaik daripada diri seseorang petugas dan ini membuat perbezaan yang besar,” katanya.

Menurutnya, Google mumpunyai 70,000 pekerja di seluruh dunia. – BERNAMA

Tags: google
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bandar Malaysia Kini Milik Kementerian Kewangan

Next Post

Kes Pelajar Mati: Tiada Kesan Dipaksa Minum Racun

Related Posts

Pelaburan Google RM9.4 Bilion Bukti Perencanaan Kerajaan Jelas, Jadi Tarikan Pelabur – PM

Pelaburan Google RM9.4 Bilion Bukti Perencanaan Kerajaan Jelas, Jadi Tarikan Pelabur – PM

30/05/2024
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaburan Google berjumlah AS$2 bilion (RM9.4 bilion) menjadi bukti kepada perencanaan kerajaan...

PM Bermesyuarat Dengan Google Hari Ini

PM Bermesyuarat Dengan Google Hari Ini

06/05/2024
0

PUTRAJAYA : Selepas berjaya menarik minat gergasi teknologi, Microsoft melabur AS$2.2 bilion (RM10.5) di negara ini minggu lalu, Datuk Seri...

Next Post

Kes Pelajar Mati: Tiada Kesan Dipaksa Minum Racun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd