• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gol Awal Pahang Patahkan Semangat Negeri Sembilan

oleh Ahmad Albab
14/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Gol seawal minit ke-6 yang dilakukan oleh Pahang ternyata menyentap semangat pemain Negeri Sembilan pada saingan separuh akhir kedua Piala FA di tempat sendiri malam tadi.

Pengendalinya Mohd Asri Ninggal berkata meskipun Negeri Sembilan berjaya menghasilkan gol penyamaan pada minit ke-67 menerusi Bruno Suzuki, namun ia disifatkan sebagai agak terlewat kerana Pahang sudah bertukar kepada strategi bertahan.

“Kita kena terlebih awal membuatkan situasi permainan berubah dan memberi tekanan. Jika pemain kita dapat menyamakan kedudukan lebih awal, mungkin suasana permainan akan berubah,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut.

Beliau berkata Negeri Sembilan menguasai sebahagian besar permainan dan mencipta banyak peluang.

“Dalam separuh masa pertama, kami mencipta sembilan peluang berbanding empat oleh Pahang. Namun kita tidak berjaya menjaringkan gol dan kita harus terima hakikat bola sepak (kemenangan) adalah jaringan gol.

Mohd Asri berkata selepas ini N. Sembilan mahu memberi tentangan habis-habisan dalam perlawanan Liga Super dan perlawanan lain.

“Apapun saya berpuas hati dengan keseluruhan persembahan pemain Negeri Sembilan kerana mereka sudah berusaha keras dan walaupun kita kalah, tapi kalah dengan bermaruah,” katanya.

Sementara itu ketua jurulatih Pahang Dollah Salleh berkata disiplin tinggi dipamerkan pemain Tok Gajah menjadi kunci kepada kejayaan mereka menewaskan Negeri Sembilan biarpun menerima asakan bertali arus daripada jentera serangan pasukan lawan.

“Alhamdulillah kita berjaya layak ke final dan ia hasil perjuangan sepasukan yang berjaya menyekat usaha Negeri Sembilan yang mendapat sokongan padu penyokong. Disiplin tinggi yang dipamerkan pemain menjadi antara faktor kejayaan Pahang malam ini (tadi),”

“Gol awal yang dijaringkan Jaewon Heo pada minit keenam nyata menyuntik semangat pemain walaupun sebelum itu lawan berjaya mencipta beberapa peluang untuk menjaringkan gol,” katanya.

Dollah berkata Tengku Muda Pahang yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah memainkan peranan penting dalam membantu pasukan itu meraih kejayaan.

“Baginda banyak membantu pasukan termasuk memberikan pandangan dalam soal pemilihan pemain,” katanya.

Pahang menang 2-1 ke atas Negeri Sembilan dan bakal bertemu Kedah di final Piala FA, setelah Kedah mengalahkan Terengganu dalam satu lagi perlawanan separuh akhir kedua malam tadi. – BERNAMA

Tags: Negeri SembilanPahang FA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sindiket Pelaburan Palsu ‘Ah Kit’ Tumpas Di Negeri Sembilan

Sindiket Pelaburan Palsu ‘Ah Kit’ Tumpas Di Negeri Sembilan

01/05/2025
0

SEREMBAN - Polis Negeri Sembilan berjaya menumpaskan sindiket penipuan pelaburan dalam talian membabitkan kumpulan 'Ah Kit' menerusi serbuan di sekitar...

117 Ditahan Dalam Serbuan Pusat Pelacuran Di Selangor, Negeri Sembilan

117 Ditahan Dalam Serbuan Pusat Pelacuran Di Selangor, Negeri Sembilan

27/07/2024
0

Putrajaya : Seramai 117 individu ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang menumpaskan dua sindiket pelacuran warga asing dalam operasi khas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd