• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fazura Tak Rasa Dirinya Selebriti Popular

oleh AK-47
25/05/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAK tahulah nak percaya atau tidak tapi inilah kenyataan yang dibuat oleh pelakon popular, Fazura. Katanya, dia tidak pernah merasakan dirinya seorang selebriti popular walaupun telah lebih sedekad menceburkan diri dalam industri hiburan.

Malah katanya lagi, masih banyak perkara yang perlu dipelajari untuk memperbaiki kelemahan diri.

“Sejujurnya saya tak pernah meletakkan diri saya sebagai selebriti popular. Saya mengakui masih banyak kekurangan dan perkara yang perlu saya pelajari untuk memperbaiki kelemahan diri dalam bidang lakonan dan nyanyian”

“Saya juga merupakan seorang artis yang sendu saja kerana selepas selesai kerja saya akan habiskan banyak masa di rumah. Apa yang penting saya melakukan yang terbaik dalam perkara yang dilakukan dan bersyukur kerana masih diberi peluang untuk berlakon,” katanya kepada Astro Gempak.

Bakat Fazura mula masuk ke dalam radar peminat industri hiburan tempatan apabila dia membintangi filem Gol & Gincu sebagai watak Putri. Selain itu, lakonannya sebagai Cik Lang dalam filem Kami Histeria benar-benar meninggalkan kesan kepada penonton dan dilihat sebagai watak comeback aktres ini.

Oleh kerana statusnya sebagai selebriti berprofil tinggi, kehidupan harian Fazura turut dirakamkan dalam sebuah rancangan realiti terbitan E! berjudul Facing Up To Fazura.

Selain berkebolehan membawa pelbagai watak dalam bidang lakonan, dia juga mencuba nasib sebagai penyanyi meskipun tidak ramai yang menggemari bakatnya di dalam bidang nyanyian. Bagaimanapun ianya tidak mematahkan semangat Fazura untuk terus berusaha mengasah bakatnya.

Terbaru drama bersiri Hero Seorang Cinderella sedang hangat ditayangkan di kaca televisyen, lakonan Fazura bergandingan dengan hero pujaan ramai, Fattah Amin. Khabarnya, gandingan mereka merupakan fenomena baru selepas Lofattah, lakonan Neelofa dan Fattah, siap ada yang menggelarkan Fattzura! – MYNEWSHUB.CC

Tags: Nur Fazurapelakonselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd