• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fail Cerai, Ezlynn Minta Masa Untuk Sendiri

oleh AK-47
01/06/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MASIH dibelenggu emosi selepas kes permohonan cerainya terhadap suaminya Adam Fahmy Shamsuddin diketahui umum, penyanyi Ezlynn meminta agar dirinya dibiarkan bersendirian buat masa ini.

Ezylnn yang terkenal dengan lagu Hi Hi Bye Bye ini memberitahu bahawa dia tiada mood untuk ditemubual berhubung perkara itu.

“Saya bukan dalam mood untuk berfotografi atau ditemubual sekalipun. Tak ada apa yang nak dikongsipun. Saya harap kamu faham,” katanya kepada BH Online.

BACA: Suami Ubah Fikiran, Enggan Ceraikan Ezlynn

Selain itu, Ezlynn juga memohon pengertian besar terhadap suratan hidupnya sekarang.

“Saya mahu dibiarkan bersendirian. Kita akan bertemu juga suatu hari nanti, dalam sebuah acara mungkin… Mesti berjumpa nanti,” katanya.

Ezlynn memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya itu pada awal Januari lalu mengikut Seksyen 47 (5) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Spekulasi mengenai kegoyahan rumahtangga Ezlynn dan Adam dihidu media selepas khabar angin dia dimasukkan ke hospital kerana dipercayai menghadapi tekanan berkaitan isu rumah tangganya bertebaran di blog-blog hiburan tempatan.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga 6 tahun lalu iaitu pada 20 November 2011 dan tidak dikurniakan cahaya mata. – MYNEWSHUB.CC

Tags: artis ceraiEzlynn
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video Dakwa Wanita Diculik Di Ibu Negara Tidak Benar

Next Post

Gawai Dayak Bantu Perkukuh Perpaduan Masyarakat

Related Posts

Nazim Othman Akui Lepaskan Bella 2 Mei Lalu

27/05/2018
0

KERUNTUHAN mahligai bahagia pasangan pelakon Nazim Othman dan Bella Dally turut mengudang rasa sedih dan simpati daripada para peminat mereka....

Nazim Othman, Bella Dally Bercerai

17/05/2018
0

KURANG dari dua tahun usia perkahwinan pasangan pelakon terkenal, Nazim Othman dan Bella Dally difahamkan kini sudah berakhir. Berita mengejutkan...

Next Post

Gawai Dayak Bantu Perkukuh Perpaduan Masyarakat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd