KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta tidak mempercayai e-mel yang mendakwa kononnya mereka memenangi hadiah RM150,000 daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).
TNB dalam satu kenyataan media berkata, emel seperti itu disebarkan sejak tahun 2015 bagi memperdaya orang ramai kononnya mereka telah memenangi wang tunai.
“Ia merupakan emel palsu daripada pihak yang tidak dikenali untuk mencuri maklumat peribadi seseorang,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut TNB, orang ramai yang menerima emel berkenaan diminta tidak melayan emel tersebut untuk mengelakkan diri mereka teraniaya. – MYNEWSHUB.CC

