• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Edar Dadah: Peniaga Dihukum Mati

oleh Ahmad Albab
16/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Seorang peniaga dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis kanabis pada Mac tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Muhammad Jamil Hussin menjatuhkan hukuman itu terhadap Hairul Fazli Mokhtar, 36, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Kedai Runcit Toh, No. 2 Bawah, Jalan Bukit Treh di sini pada kira-kira 3 petang, 3 Mac tahun lepas mengikut Seksyen 39B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Anggota keluarga tertuduh termasuk isterinya yang hadir di mahkamah dilihat mengesat air mata sepanjang prosiding itu manakala tertuduh kelihatan lemah di kandang tertuduh.

Dalam penghakimannya, Muhammad Jamil berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan tertuduh mempunyai milikan terhadap dadah berbahaya tersebut.

“Tiada alasan munasabah untuk mengatakan bahawa dadah kanabis berkenaan bukan milik tertuduh. Tertuduh gagal mematahkan anggapan pemilikan,” katanya.

Sebanyak enam saksi pihak pendakwaan dan dua saksi pihak pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes itu.

Tertuduh diwakili peguam Lydiana Mansor manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shukri Hussain. – BERNAMA

Tags: Edar Dadahpeniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Sarjan Mejar Diarah Bela Diri Tuduhan Edar Dadah

Bekas Sarjan Mejar Diarah Bela Diri Tuduhan Edar Dadah

30/07/2025
0

SEREMBAN - Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan seorang pesara polis berpangkat Sarjan Mejar membela diri atas pertuduhan mengedar dadah jenis...

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

24/07/2025
0

KUALA KRAI: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan memiliki dan mengedar 67.7...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd