• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Durian Musang King Ke China?

oleh Ahmad Albab
16/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Malaysia sedang berusaha untuk mengeksport buah durian terbaiknya, Musang King ke China.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata buah-buahan yang ingin diimport ke China mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak republik itu.

“Mereka gelarnya rawatan penyejukan bawah 18 darjah.

“Sebaik sahaja kita penuhi syarat dan peraturan, selepas itu kita perlu cari pelabuhan atau destinasi untuk durian,” katanya di sini.

Ahmad Shabery berkata beliau dimaklumkan bahawa sebiji durian berharga kira-kira RM800 di Hong Kong.

Sehubungan itu, beliau percaya durian Musang King akan dapat dijual dengan mudah di China pada harga kira-kira RM200 hingga RM300 sekilogram.

“Ini amat baik bagi petani kita,” katanya.

Katanya buat masa ini China mengimport durian dari negara jiran Malaysia.

Semalam di Beijing bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini dalam rangka lawatan kerja lima hari di China, Ahmad Shabery telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan pihak berkuasa China bagi pengeksportan nanas buat kali pertama ke republik itu.

Selepas kejayaan nanas menembusi pasaran China, Ahmad Shabery berkata usaha seterusnya ialah untuk mengeksport buah nangka.

Antara buah-buahan Malaysia yang berjaya menembusi pasaran China sebelum ini ialah manggis. – BERNAMA

Tags: ChinaMusang King
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd