• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DUN P.Pinang Tolak Usul Minta Ketua Menteri Bercuti

oleh Ahmad Albab
22/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini menolak usul wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang meminta Ketua Menteri Lim Guan Eng bercuti berikutan kes rasuah yang dihadapinya.

Usul yang dibawa Datuk Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) itu ditolak Speaker Datuk Law Choo Kiang atas alasan teknikal.

Law ketika menolak usul itu berkata isu itu tidak perlu dibincangkan dalam persidangan dewan kerana perkara-perkara itu jelas termaktub dalam Perlembagaan Negeri Pulau Pinang dan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pulau Pinang) 1997.

“Saya sudah ambil masa yang lama untuk buat keputusan ini…saya tidak perlu mengulas lanjut malah kalau saya nak tolak pun saya boleh tolak secara teknikal,” katanya.

Usul yang dikemukakan Muhammad Farid itu menyebut bahawa mana-mana anggota pentadbiran Pulau Pinang dan Penjawat-penjawat Awam di negeri Pulau Pinang yang telah didakwa di mana-mana mahkamah atas kesalahan jenayah di bawah mana-mana undang-undang Malaysia hendaklah mengambil cuti daripada jawatan yang dipegang sehingga perbicaraan ke atasnya selesai dan dimuktamadkan.

Muhamad Farid pada sidang akhbar mengenai perkara itu mendakwa Speaker melakukan kesilapan dalam merujuk fasa ketika menolak usul itu.

“Usul itu dibawa di bawah peruntukan Fasa 31 peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri tetapi Speaker menggunakan Perlembagaan negeri Pulau Pinang untuk menolak usul itu,” katanya

Sementara itu Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid pada sidang akhbar sama berkata semua wakil rakyat BN hari ini memakai reben putih sebagai tanda prinsip CAT (cekap, amanah dan telus) kerajaan DAP Pulau Pinang telah mati.

“Ketelusan dah tak ada, banyak usaha telah dilaksanakan untuk menutup mulut kami (wakil BN) dengan menolak usul-usul yang kami buat…kebebasan bersuara di dalam dewan dah tiada,” katanya.

Terdahulu di dalam dewan dua wakil rakyat iaitu RSN Rayer (DAP-Seri Delima) dan Datuk Shah Headan Ayoob Shah (BN-Teluk Bahang) diarah keluar dewan untuk sesi hari ini berikutan pertikaman lidah antara mereka ketika Datuk Salleh Man (PAS-Permatang Pasir) membahaskan usul terima kasih ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas. – BERNAMA

Tags: Kerajaan Pulau PinangLim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Ahli Parlimen Bagan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng, menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri...

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

08/11/2024
0

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd