• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKL Wartakan 3 Lagi Zon Larangan Merokok

oleh AK-47
19/05/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mewartakan semua laluan pejalan kaki dan jejantas berbumbung serta terowong pejalan kaki bawah tanah di sekitar ibu kota sebagai kawasan larangan merokok, berkuat kuasa 15 April lepas.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata pewartaan mengikut Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 itu bertujuan melindungi orang awam daripada ancaman asap rokok yang boleh membahayakan kesihatan.

“Terdapat 141 laluan pejalan kaki berbumbung di Kuala Lumpur dan bilangan ini akan bertambah dari semasa ke semasa.

“Kegagalan mematuhi peraturan tersebut boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun,” katanya ketika melancarkan program ‘KL Bebas Asap Rokok di Jejantas dan Laluan Pejalan Kaki Bandaraya Kuala Lumpur 2017’ di sini hari ini.

Pada majlis itu, DBKL turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama sembilan rakan perkongsian pintar terdiri daripada agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti dalam usaha melaksanakan inisiatif ‘KL Bebas Asap Rokok’ menjelang 2045.

Mhd Amin berkata penambahan kawasan larangan merokok itu mampu membudayakan amalan tidak merokok, sekali gus menyumbang kepada peningkatan kadar berhenti merokok dalam kalangan perokok.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai dalam memperkukuhkan pemantauan pelaksanaan tersebut dengan menjadi ‘mata dan telinga’ pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Tindakan penguatkuasaan oleh PBT sahaja tidak memadai, orang ramai juga saya minta tegur mereka yang merokok di kawasan larangan dan jika mereka enggan boleh lapor di talian bebas tol 1800-88-3255 atau 03-2268 7333,” katanya. – BERNAMA

Tags: DBKLLarangan Merokokmerokok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

22/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita 23 peralatan jurugambar haram 'mobilegrapher' serta ambil tindakan terhadap penjaja air tanpa...

Marah Ditegur Merokok Dalam Restoran, Lelaki Bergaduh Dengan Pasangan Suami Isteri

Marah Ditegur Merokok Dalam Restoran, Lelaki Bergaduh Dengan Pasangan Suami Isteri

15/09/2025
0

SHAH ALAM: Seorang lelaki bertindak agresif dan mencetuskan pergaduhan selepas ditegur merokok di sebuah restoran di Seksyen 13, di sini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd