• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dazrin Sah Suami Ketua Pramugari Syarikat Saudi

oleh
06/05/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pelakon kacak, Dazrin Kamarudin selamat diijabkabulkan dalam majlis akad nikah yang diadakan dengan gadis pilihannya, Nur Fazulin Razali di Hotel Avilion Legacy di sini Sabtu.

Dengan sekali lafaz, bekas juara Fear Factor Malaysia musim satu itu sah menjadi suami kepada gadis berasal dari Cheras, Kuala Lumpur yang juga ketua pramugari sebuah syarikat penerbangan berpusat di Jeddah, Arab Saudi.

Pasangan mempelai itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Razali Din dengan mas kahwin RM500 dengan wang hantaran yang dirahsiakan jumlahnya pada majlis yang berlangsung kira-kira pukul 12 tengah hari.

Menurut laporan media tempatan pada awal bulan lalu, Dazrin, 29, mula mengenali Nur Fazulin, 33, ketika mereka secara kebetulan berkomunikasi jarak jauh menerusi aplikasi ajuk nyanyian, Smule kira-kira dua tahun lepas.

Kedua-dua pengantin tersebut ceria memakai persalinan warna Rose Golden dengan hantaran sebanyak tujuh dulang bagi pihak pengantin perempuan dan berbalas sembilan dulang oleh keluarga pengantin lelaki.

Majlis pernikahan pasangan berkenaan turut meriah apabila disaksikan oleh kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga masing-masing dan sahabat terdekat kedua-dua mempelai selain rakan artis tersebut.

Terdahulu, Dazrin pernah mengikat tali pertunangan dengan aktres, Amyra Rosly pada 25 Ogos 2013, namun terpaksa membatalkan hasrat berkahwin yang sepatutnya 8 Ogos 2014. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Amyra Roslidazrin kamarudin
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Amyra Tak Tolak Rezeki Hamil Lagi

26/02/2019
0

KUALA LUMPUR: Lebih setahun melahirkan anak sulung, pelakon Amyra Rosli mengakui, sudah bersedia sekiranya diberikan rezeki untuk hamil semula. Amyra...

Kecoh Amyra Hamil Rupanya Julia Ziegler

02/08/2018
0

PELAKON Amyra Rosli menafikan dirinya kini hamil anak kedua seperti yang tular tersebar menerusi Internet baru-baru ini. Isteri kepada pelakon Amar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd