• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dalang Skim Forex Tipu Lebih RM3.5 Juta Ditahan

oleh Ahmad Albab
09/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan selepas terbabit dalam kes penipuan skim pelaburan pertukaran mata wang asing (Forex) membabitkan kerugian mencecah RM3.5 juta di sekitar negeri Kedah.

Timbalan Ketua Polis Kedah, DCP Sahabudin Manan berkata suspek ditahan di hadapan sebuah bank di Kota Sarang Semut kira-kira 4.30 petang semalam dan polis merampas dua keping kad ATM serta sebuah telefon bimbit jenis Huawei milik suspek.

“Semalam kita mendapat aduan daripada seorang mangsa lelaki berusia 24 tahun yang mendakwa telah melaburkan wang sebanyak RM50,000 kepada suspek,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu di sini hari ini.

Menurutnya, modus operandi suspek adalah memperdaya mangsa dengan menjanjikan pulangan 50 peratus daripada jumlah wang yang dilaburkan setiap dua minggu, namun sehingga kini, pelabur-pelabur belum menerima keuntungan yang dijanjikan.

Suspek dikatakan baru sahaja menjalankan aktiviti penipuan itu dan sehingga kini lebih 10 orang telah menjadi mangsa dan polis percaya lebih ramai lagi yang belum tampil membuat laporan.

​​​​​​​​​​”Suspek juga tidak mengiklan atau mempengaruhi mangsa melalui laman sosial seperti Facebook, tapi kita percaya ia lebih daripada kaedah mulut ke mulut,” kata Shahabudin.

​Sehubungan itu beliau menasihati orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan skim-skim pelaburan yang menjanjikan pulangan mewah dalam masa yang singkat.

Suspek yang berasal dari Sungai Limau, Yan, direman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Daerah Sik, Supt. Mohd Ismail Ibrahim dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, menggantikan DSP Chan Keat Seng yang memangku jawatan itu sejak 28 Mac lalu.

Chan memangku jawatan itu berikutan kematian Supt Abd Hadi Hassan pada 27 Mac lalu akibat serangan jantung.

Majlis serah terima tugas yang berlangsung di bilik mesyuarat IPD Kubang Pasu itu disaksikan Sahabudin sendiri. – BERNAMA

Tags: forexkena tipu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Tumpaskan Sindiket Penipuan Pelaburan Forex Dan kripto

Polis Tumpaskan Sindiket Penipuan Pelaburan Forex Dan kripto

24/05/2024
0

Kuala Lumpur : Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan Forex GHC dan kripto dengan penahanan 10 individu termasuk dalangnya berusia 43...

Addy Kanna, Alvin Terlibat Macau Scam, Judi Online

21/10/2020
0

KUALA LUMPUR - Polis mendedahkan sindiket yang didalangi Addy Kanna terlibat dalam kes penipuan Macau Scam, judi online dan penipuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd