• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Celcom Axiata Bhd. Dan Ericsson Bawa 5G Ke Malaysia

oleh Ahmad Albab
18/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Teknologi telekomunikasi negara dijangka berevolusi ke tahap baharu secara keseluruhannya apabila Celcom Axiata Bhd dan Ericsson hari ini melaksanakan ujian pertama 5G Malaysia.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari, berkata teknologi 5G penting – dalam memperkasakan industri tempatan bagi sektor telekomunikasi, kewangan dan perindustrian; hinggalah kepada sektor kerajaan dan swasta, sekali gus menjadi kunci bagi mencapai sasaran Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020.

“Dengan pelancaran hab digital utama baru-baru ini iaitu Zon Perdagangan Bebas Digital dan Kuala Lumpur Internet City, Malaysia membayangkan menjadi pusat ekonomi Internet Asia Tenggara.

” Ini akan memacu Malaysia menjadi satu daripada hab digital dibina khas terbesar dunia bagi syarikat gergasi teknologi dan pemula niaga utama dari seluruh dunia.

“Di sinilah 5G memainkan peranan penting dalam memastikan bukan sahaja kecekapan tetapi juga membuka pintu peluang bagi pemain digital.

“Pada dasarnya, 5G akan menjadi asas kukuh dalam mewujudkan ekosistem padu bagi membolehkan inovasi,” katanya pada sesi ujian pertama 5G yang diadakan di sini, hari ini.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutfi Celcom Michael Kuehner berkata Celcom sentiasa komited dalam membangunkan dan meneruskan evolusi rangkaiannya dengan teknologi terkini dan membawakan pengalaman digital terbaik kepada rakyat Malaysia.

“5G sangat penting kepada Celcom kerana ia akan menyokong pembangunan dan memenuhi keperluan komunikasi pengguna dan pendigitalan pelbagai industri. Penting bagi kami untuk meneroka teknologi generasi baharu ini dan keupayaannya dengan rakan kongsi global seperti Ericsson,” katanya.

Sementara itu, Presiden Ericsson Malaysia dan Sri Lanka Todd Ashton juga menyifatkan kerjasama dengan Celcom itu sebagai menunjukkan lagi sokongan Ericsson terhadap Malaysia dalam menuju ke arah pelaksanaan 5G, susulan kejayaan Pusat Inovasi bagi 5G yang ditubuhkan tahun lepas dengan Universiti Teknologi Malaysia.

“Bersama dengan rakan kongsi seperti Celcom, kami akan mengkaji dan menguji teknologi baharu ini bagi memanfaatkan potensi penuh 5G bagi pengguna, pengguna perniagaan dan keseluruhan industri di negara ini,” katanya.

Bercakap pada sidang akhbar kemudiannya, Kuehner berkata banyak lagi ujian perlu dijalankan, daripada aspek teknikal serta perbincangan berterusan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi aspek kawal selia.

Pelaksanaan penuh rangkaian itu kepada pengguna di Malaysia disasarkan antara 2020 dan 2025 manakala pengguna global boleh menikmati pengalaman ini seawal Februari 2018 semasa Kejohanan Olimpik Musim Sejuk di Korea Selatan dan Kejohanan Olimpik dan Paralimpik Tokyo pada 2020. – BERNAMA

Tags: CELCOM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 70 Peratus Rangkaian Celcom Lembah Klang Pulih

23/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Bhd telah memulihkan lebih daripada 70 peratus rangkaian di tapak yang terjejas di Lembah Klang setakat...

Akhirnya Dijual Juga Celcom

21/06/2021
0

Dari Facebook Najib Razak SEBELUM ini, syarikat Khazanah milik 100% syarikat CELCOM melalui Axiata. Kini, Khazanah milik 33.1% kepentingan dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd