• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Boleh Cabar Di Mahkamah, Tetapi Peluang Tipis

oleh Ahmad Albab
13/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Wakil rakyat DAP, Dr Ting Tiong Choon yang dilucut kelayakannya sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut dikatakan boleh mencabar keputusan tersebut di mahkamah namun peluangnya dilihat adalah tipis untuk mencapai keputusan positif.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ini berikutan keputusan yang dibuat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak semalam adalah selari dengan peruntukan undang-undang dan keistimewaan yang dimiliki Dewan tersebut.

Berdasarkan pengalaman, beliau yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata sejak awal lagi Dr Ting sudah hilang kelayakan untuk bertanding pada pilihan raya kerana beliau memiliki kewarganegaraan Australia.

“Dari sudut perlembagaan, tindakan DUN Sarawak adalah betul dan wajar. Berdasarkan keistimewaan Dewan pula, walaupun seseorang itu telah dipilih rakyat sebagai wakil mereka tetapi dewan ragu-ragu dia boleh dikeluarkan,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Surau Nurul Hidayah di Kampung Cemerlang di sini hari ini.

Wan Junaidi berkata sebagai sebuah negara demokrasi, Dr Ting boleh membawa keputusan tersebut ke mahkamah.

“Jika keputusan itu dibawa ke mahkamah, mahkamah akan melihat sama ada tindakan (keputusan) ini adalah sebagai keutamaan Dewan. Kalau mahkamah tafsir tindakan DUN Sarawak sebagai bidang kuasa serta keistimewaan, dengan sendiri mahkamah tidak boleh tentukan sama ada tindakan DUN betul atau tidak kerana itu diluar bidang kuasa mahkamah, di bawah perlembagaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Adun PujutDatuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bacaan Pertama RUU Pindaan Hukuman Mati Mandatori Oktober Ini

Bacaan Pertama RUU Pindaan Hukuman Mati Mandatori Oktober Ini

13/09/2022
0

PUTRAJAYA - Rang undang-undang (RUU) pindaan akta hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori dijangka dibaca kali pertama pada 4 Oktober...

Sah Bajet 2023 Dibentang 7 Oktober

Sah Bajet 2023 Dibentang 7 Oktober

26/08/2022
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan Bajet 2023...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd