• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bernama Berperanan Tangani Berita Palsu

oleh Ahmad Albab
16/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai agensi berita berwibawa, boleh memainkan peranan penting sebagai sumber berita sahih dalam menangani fenomena ‘berita palsu’.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata gejala itu perlu dibendung secara berkesan kerana sebelum sesuatu berita palsu disahkan tidak benar, biasanya ‘nasi sudah menjadi bubur.’

“Seperti banyak negara, Malaysia juga berdepan dengan fenomena berita palsu yang mudah sekali dipercayai orang ramai,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Jubli Emas agensi berita itu pada 22 Mei ini.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai yang menggunakan telefon pintar atau gajet seumpamanya untuk melayari portal Bernama bagi mengesahkan kesahihan sesuatu berita.

“Saya yakin Bernama mampu menanganinya dengan baik untuk menyahut cabaran ini dan terus relevan,” kata Salleh.

Sempena menyambut ulang tahun ke-50, Salleh melahirkan hasrat untuk melihat Bernama mengorak langkah ke hadapan sejajar dengan perubahan drastik dalam landskap media masa kini, terutama dalam perkhidmatan berita dalam talian.

Menurutnya mutu dan kepelbagaian liputan berita agensi berita itu perlu dipertingkatkan mengikut cita rasa dan jangkaan pelanggan yang semakin selektif memandangkan pendekatan ‘”semuanya biasa-biasa sahaja” bukan satu jaminan untuk kemajuan akan datang Bernama untuk jangka panjang.

Salleh berkata antara pelbagai fungsi Bernama selaku agensi berita nasional yang ketara dan penting adalah peranan tradisionalnya sebagai ‘jambatan berita’ yang menghubungkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

“Peranan ini telah dimainkan oleh Bernama secara berkesan dengan memudahkan penyaluran berita dan maklumat serta gambar dan visual mengenai peristiwa dan perkembangan yang berlaku di dua bahagian tanah Malaysia yang dipisahkan oleh Laut China Selatan,” kata Salleh.

Beliau berkata akhbar-akhbar dan platform media lain di Sabah dan Sarawak menjadikan agensi berita itu sebagai sumber penting untuk mendapat berita mengenai peristiwa dalam negara khususnya di Semenanjung atau berita nasional.

Selain itu, media di Semenanjung juga bergantung kepada Bernama untuk melaporkan peristiwa berita di kedua-dua wilayah itu, kata Salleh.

“Saya percaya peranan ini boleh diperluaskan ke peringkat global, khususnya menjambatani kerjasama ASEAN dari segi penyaluran berita dan maklumat di rantau ini,” katanya.

Beliau turut mencadangkan Bernama untuk terus berusaha mempelbagaikan produk yang boleh menjana pendapatan tanpa melupakan tanggungjawab sebagai agensi berita yang mendukung aspirasi bangsa dan negara, sempena ulang tahun ke-50 penubuhannya. – BERNAMA

Tags: BernamaDatuk Seri Dr Salleh Said Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen Cadang BERNAMA Diperkasa, Jadi Suara Malaysia Di Peringkat Global

Ahli Parlimen Cadang BERNAMA Diperkasa, Jadi Suara Malaysia Di Peringkat Global

26/02/2025
1

KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen mencadangkan supaya Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) diperkasa sehingga menjadi agensi berita global dan suara Malaysia...

Senator Ras Adiba Pengerusi Baharu Bernama

24/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Senator Ras Adiba Radzi, 52, dilantik sebagai Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang baharu, dan merupakan wanita...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd