• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayar RM30K Untuk Berbuka Dengan Ulamak?

oleh AK-47
15/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ramai yang mempertikaikan caj bagi Program Iftar Perdana yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan yang dinamakan Pertubuhan Kebajikan Al- Qayyim (IQ Malaysia).

Ini kerana, jumlah untuk berbuka ada yang mencecah sehingga RM30,000 untuk sebuah meja!

Program itu mula dipertikaikan setelah iklan program berkenaan mula viral di media sosial serta menerima pelbagai kritikan.

Harga jualan meja yang ditawarkan bagi program berkenaan adalah RM30,000 bagi Pakej A, RM20,000 bagi pakej B, RM10,000 bagi pakej C, pakej D RM5,000, pakej E RM3,000 dan pakej F RM1,500.

Timbulan persoalan mengapa harganya begitu mahal lebih lagi ia melibatkan personaliti agama di negara ini.

Setiausaha Agung IQ Malaysia, Abu Hafiz Salleh Hudin ketika dihubungi menjelaskan bahawa pakej berkenaan ditawarkan khas kepada agensi atau badan korporat yang berminat untuk menyumbang dana.

“Program ini sebenarnya sudah bermula sejak beberapa tahun lepas dan caj yang dikenakan juga adalah sama dan mendapat sambutan di mana terdapat agensi korporat yang bersetuju mendapatkan pakej yang ditawarkan.

“Tujuan utama program ini hanyalah untuk mengutip dana bagi kerja-kerja dakwah dan kebajikan dan tiada paksaan untuk mana-mana individu atau badan korporat yang berkemampuan,” katanya.

Difahamkan, hanya satu meja sahaja yang ditawarkan bagi pakej A berharga RM30,000 dan dua meja untuk pakej B yang berharga RM20,000.

Abu Hafiz berkata, kutipan dana sebegini pernah dibuat oleh pihak korporat lain dalam sebagai memenuhi tanggungjawab sosial.

“Pengumpulan dana sebegini bukanlah perkara baharu kerana ada pihak korporat dan NGO lain yang turut menawarkan pakej pada harga yang sama.

“Terpulang kepada mana-mana individu atau badan korporat yang berminat untuk menyalurkan sumbangan kerana tiada paksaan untuk melakukan kerja-kerja amal,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Iftarkebajikanprogram
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DVS Terima 2,610 Aduan Berkaitan Kebajikan Kucing

DVS Terima 2,610 Aduan Berkaitan Kebajikan Kucing

28/01/2025
0

Kuala Lumpur: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menerima sebanyak 2,610 aduan berkaitan kebajikan kucing termasuk dijadikan makanan kepada ular. IKUTI CHANNEL...

PM Nafi Abai Kebajikan Golongan M40

PM Nafi Abai Kebajikan Golongan M40

22/08/2023
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menepis dakwaan bahawa kerajaan mengabaikan kebajikan golongan M40. (Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd