• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apakah Piramid Tertua Di Dunia Terletak Di Indonesia?

oleh AK-47
25/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA menyebut mengenai piramid, ramai yang menyangka hanya Mesir sahaja memiliki monumen unik itu.

Binaan yang diperbuat daripada batu padu itu dibangunkan sebagai makam firaun dan telah dikenal pasti berusia hampir 5,000 tahun.

Piramid juga dipercayai konon adalah tangga yang digunakan oleh roh-roh firaun untuk menuju ke langit.

Namun, tidak ramai yang mengetahui sebelum piramid di Mesir dibina, terdapat piramid yang lebih awal dibina iaitu di sebuah kawasan pergunungan di Indonesia, dipercayai dibina kira-kira 9,000 ke 20,000 tahun lalu.

Apakah Piramid Tertua Di Dunia Terletak Di Indonesia?
Dr. Danny Hilman Natawidjaja.

Perkara ini dibongkarkan oleh seorang pakar geologi, yang mengatakan tapak megalith Gunung Padang, di Wilayah Jawa Barat merupakan peninggalan tapak piramid tertua di dunia.

Sejak ditemui pada 1914, Gunung Padang telah dikenal pasti sebagai kawasan tapak batu megalith terbesar di rantau Asia Tenggara.

Berada pada ketinggian 2,903 kaki iaitu kira-kira 885 meter daripada aras laut, Gunung Padang merupakan kawasan yang terkenal dengan beberapa kawasan gunung berapi yang masih aktif.

Apakah Piramid Tertua Di Dunia Terletak Di Indonesia?

Beliau yang juga merupakan Ketua di Pusat Penyelidikan Geoteknikal Indonesia mengatakan kawasan gunung itu tidak ubah seperti bentuk piramid ekoran batu-batuan dan lereng bukit yang bersusun elok itu dijadikan sebagai tempat beribadah masyarakat Sunda.

“Jika tempat itu dikenali sebagai tempat suci masyarakat Sunda, maka sudah pasti mereka perlu memanjat batu-batuan yang berbentuk lereng bukit seperti piramid itu bagi melakukan ritual di puncaknya.

“Cara orang dahulu beribadat ini sememangnya akan memanjat ke atas,” katanya dipetik laporan oleh portal Archaeologyhub.

Apakah Piramid Tertua Di Dunia Terletak Di Indonesia?

Difahamkan, kerja-kerja menggali dan menerokai ruang kawasan kewujudan piramid yang dikelola pasukannya itu menerima sokongan daripada Kerajaan Indonesia.

Presidennya pada ketika itu, Susilo Bambang Yudhoyono turut mengatakan tugas Dr. Danny adalah sebagai “sejarah tamadun terpenting buat manusia sejagat”.

Ekoran penemuannya itu, Dr. Danny yang ditemui Sydney Morning Herald mengatakan: “Manusia menganggap zaman pra-sejarah adalah kuno, namun semua tanggapan itu ternyata terbukti salah.”

Menurutnya, antara batu-batuan yang ditemui di tapak piramid itu asalnya bercantum pada batuan lain. Perkara ini didedahkan setelah menemui bahan cecair seakan karbon pekat yang dipercayai berusia 7,000 tahun sebelum Masihi.

Apakah Piramid Tertua Di Dunia Terletak Di Indonesia?

Struktur berlapis yang dipisahkan oleh tembok batu itu hanya boleh dimasuki menerusi 400 anak tangga setinggi 95 meter. Ia dikatakan dilindungi dengan bongkah batu besar yang berasal daripada gunung berapi.

Daripada penemuan ini, beliau percaya sturukur berlapis itu mempunyai ketebalan setinggi 100 meter dan diperbuat daripada sejumlah lapisan. Bagaimanapun, pasukannya setakat ini hanya berjaya menggali sedalam 15 meter.

Pakar turut menggarkan usia batu sebesar tiga hingga empat meter yang terletak di bawah permukaan itu berusia lingkungan 6,500 ke 12,500 tahun.

Apakah Piramid Tertua Di Dunia Terletak Di Indonesia?

Bagaimanapun, kajian pasukan Dr. Hillman itu menerima tentangan daripada 34 ahli arkeologi tempatan sehingga sebuah petisyen yang memintanya untuk menghentikan projek tersebut telah dijalankan.

Menurut mereka, kajian daripada Dr. Hilman itu akan menjejaskan keadaan stuktur ekosistem tanah yang dikhuatiri boleh mengaktifkan lava di dalam tanah.

Seorang pakar gunung berapi, Sutikno Bronto mengatakan ia sebenarnya bukan piramid, sebaliknya hanya sebuah gunung berapi yang telah meletus dan meruap lalu membentuk batu batuan seakan sebuah piramid yang bersegi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: IndonesiaMisterisejarah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

College of Phoenix Online Just What A Laugh!

Next Post

Tujuh Lelaki Lakukan Samun Bersenjata Ditahan

Related Posts

Indonesia Kaya, Rakyat Tak Perlu Risau Naik Turun Pasaran Saham’ – Prabowo

Indonesia Kaya, Rakyat Tak Perlu Risau Naik Turun Pasaran Saham’ – Prabowo

24/04/2025
0

JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan rakyat tidak perlu bimbang dengan turun naik pasaran saham selagi negara masih mampu...

Tupperware Rasmi Tutup Operasi Di Indonesia

Tupperware Rasmi Tutup Operasi Di Indonesia

14/04/2025
0

INDONESIA - Tupperware Indonesia secara rasmi menghentikan operasinya selepas 33 tahun berada dalam kehidupan rumah tangga rakyat negara itu. Menurut...

Next Post

Tujuh Lelaki Lakukan Samun Bersenjata Ditahan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd