• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apa Tujuan Sebenar Azmin Kekalkan Exco PAS?

oleh AK-47
26/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengekalkan tiga wakil PAS dalam barisan Exco kerajaan Selangor menimbulkan persoalan sama ada langkah itu diambil demi kepentingan rakyat Selangor atau sekadar bertujuan menyelamatkan kedudukan politik Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Ia berikutan kenyataan pemimpin PAS tetapi pro-PKR, Datuk Mahfuz Omar hari ini yang mengakui keputusan oleh Timbalan Presiden PKR itu sebenarnya satu tindakan bijak oleh Mohamed Azmin bagi membina persepsi umum bahawa PKR adalah sebuah parti yang mementingkan rakyat Selangor.

“Keputusan tersebut secara tidak langsung membina persepsi bahawa PKR sebagai sebuah parti yang lebih mementingkan rakyat dan negeri Selangor serta jauh dari dilihat sebagai kaki gaduh yang sesuka hati memecat serta memutuskan hubungan dengan pihak dan parti yang tidak sehaluan.

“PKR akan dilihat terbuka menerima PAS yang sebelum ini mengisytihar PKR sebagai musuh. Umum mengetahui yang memutuskan hubungan kerjasama politik ialah PAS manakala yang mendapat keuntungan politik ialah PKR. Tahniah PKR dan syabas Mohamed Azmin atas kebijaksanaan berpolitik,” katanya dalam satu kenyataan untuk merendah-rendahkan PAS hari ini.

DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) sebelum ini mendesak Mohamed Azmin supaya memecat wakil PAS daripada barisan Exco kerajaan Selangor dan digantikan dengan wakil PAN selepas PAS memutuskan kerjasama dengan PKR.

Majlis Syura Ulama PAS mengumumkan parti itu memutuskan kerjasama dengan PKR selepas menilai desakan ahlinya supaya PAS berbuat demikian dalam muktamar parti itu.

Keputusan itu diambil selepas Majlis Syura Ulama PAS mengesahkan PKR banyak melanggar syarat-syarat Tahaluf Siyasi menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam.

Mohamed Azmin bagaimanapun membuat keputusan untuk mengekalkan wakil PAS dengan alasan untuk mengekalkan kestabilan politik di Selangor.

DAP, PKR dan PAN merupakan anggota parti Pakatan Harapan yang berkerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun kerajaan Selangor sehingga kini masih ditadbir oleh Pakatan Rakyat yang telah dibubarkan dua tahun lalu. Pakatan Rakyat sebelum ini dianggotai DAP, PKR dan PAS. -MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Seri Mohamed Azmin AliExco PASPAS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bapa, Adik Salman Abedi Ditahan Di Libya

Next Post

Manchester United Juarai Liga Europa

Related Posts

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

06/10/2024
0

SHAH ALAM - Pas menyelar acara larian antarabangsa yang berpakaian tidak senonoh dan memiliki unsur lucah. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Next Post

Manchester United Juarai Liga Europa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd