• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Antara 35 Orang Terbabit Kegiatan Daesh

oleh Ahmad Albab
05/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Tiga puluh lima orang, termasuk seorang guru sekolah, yang disyaki terbabit dengan kegiatan Daesh, ditahan di seluruh Kedah antara tahun 2013 hingga April lalu.

Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Datuk Abu Bakar Ahmad berkata penahanan terbaru melibatkan seorang guru lelaki yang mengajar di Kulim kerana memberi sokongan kepada militan Daesh.

“Guru berumur 30-an ini telah memberi bantuan dana dan sokongan kepada militan Daesh melalui laman media sosial dan siasatan lanjut mendapati guru ini aktif memberi sokongan kepada kumpulan itu sejak dua tahun lalu.

“Penangkapan guru ini dijalankan hasil risikan anggota polis namun dia belum dihadapkan ke mahkamah kerana siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Setar bersempena persaraannya Jun ini.

Beliau berkata dua anggota polis turut ditahan dalam tempoh tersebut namun seorang daripadanya telah dilepaskan selepas siasatan dijalankan manakala seorang lagi dikenakan tindakan.

Polis, kata Abu Bakar, akan turut memperketatkan kawalan di pintu sempadan Bukit Kayu Hitam-Thailand bagi mengelakkan pihak tertentu daripada menyeludup masuk senjata api untuk digunakan bagi menggugat keamanan negara.

“Apabila pintu sempadan dibuka 24 jam nanti, kita percaya banyak pihak yang akan cuba ambil kesempatan tetapi saya yakin dengan kemampuan pegawai dan anggota polis Kedah untuk mengawal pintu sempadan dengan baik.

“Kerjasama dengan pihak berkuasa Thailand juga akan terus dijalankan bagi bertukar maklumat demi kepentingan dan keamanan kedua-dua negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Daesh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

04/08/2023
0

BEIRUT : Kumpulan militan Daesh mengumumkan kematian pemimpinnya, Abu al-Hussein al-Husseini al-Qurashi yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di barat laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd