• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AMK Bertegas Anwar Paling Layak PM, Bukan Muhyiddin

oleh
20/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bayangkanlah jika logo rasmi pun tidak boleh sepakat, apatah lagi untuk memilih siapakah yang layak menjadi ketua Pakatan Harapan apabila hingga kini sengaja dibiarkan kosong!

Terbaharu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) menempelak sekutu mereka sendiri dalam blok tersebut apabila bertegas menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri jika pembangkang memerintah Malaysia.

Malah Ketua Umum PKR tersebut yang kini berada dalam penjara atas kes liwat; adalah individu paling layak untuk menjadi ketua kerajaan sekiranya Barisan Nasional (BN) ditumbangkab dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Itu pendirian sayap pemuda parti berkenaan apabila ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad tidak berganjak mahukan Anwar menjadi perdana menteri dan bukan tokoh lain termasuk Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri.

Katanya, Anwar adalah individu paling layak menyandang jawatan itu berdasarkan kejayaan dan rekod kepimpinan beliau sepanjang berkhidmat dalam kerajaan sehingga menerajui pakatan pembangkang sejak 1999.

AMK Bertegas Anwar Paling Layak PM, Bukan Muhyiddin

“Tanpa ragu-ragu AMK mengusulkan kepada parti dan Pakatan Harapan supaya kita menamakan Anwar sebagai calon Perdana Menteri dalam PRU-14.
 Kejayaan beliau berjaya bina gerakan massa yang luas,.

“Ia malahan merentas ideologi serta berkomunikasi dengan rakyat tiada tandingan,” kata Nik Nazmi dalam ucapan dasarnya sempena dengan Kongres Nasional PKR di Pusat Konvensyen Ideal di sini pada Sabtu.

Penegasan ADUN Seri Setia dan Exco Kerajaan Selangor itu sekali gus menempelak hasrat PPBM yang ditubuhkan bekas seteru Anwar, Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila mahu Muhyiddn dilantik sebagai perdana menteri baharu.

Beliau dalam pada itu bagaimanapun mengakui rakyat di negara ini masih meragui kemampuan blok pembangkang untuk mentadbir negara disebabkan banyak kegagalan terserlah dalam menguruskan perbezaan secara matang.

Mereka perlu jujur mengakui kelemahan itu sehingga pengundi yang memilih pakatan pembangkang pada PRU ke-13 kini mula berasa kecewa, marah dan tidak berpuas hati dengan perkembangan semasa yang berlaku.

“Ia adalah tragedi besar jika kita mengambil kira potensi peralihan kuasa buat kali pertama sejak merdeka. 
Mentaliti pembangkang yang masih menebal menyebabkan kita gagal mengurus perbezaan secara matang,” ujar Nik Nazmi.

Beliau dalam pada itu menyeru sekutu pembangkang membina gandingan lebih luas dengan berusaha meraih undi Bumiputera terutama di kawasan FELDA, kem tentera serta Sabah dan Sarawak. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: AMKAnwar Ibrahimpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bukan Kerana Desakan, Tiada Kenaikan Sejak 10 Tahun Lalu – PM

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bukan Kerana Desakan, Tiada Kenaikan Sejak 10 Tahun Lalu – PM

05/01/2026
0

PUTRAJAYA: Keputusan kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam termasuk hakim bukan atas desakan mereka, sebaliknya dibuat kerana ada keperluan selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd