• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli PAS Mesti Patuh, Wala’ Keputusan Majlis Syura

oleh
01/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Semua anggota PAS mestilah menerima, patuh dan wala’ atau setia terhadap apa jua keputusan dibuat Majlis Syura Ulama berhubung isu menamatkan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Setiausaha Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mohd Nik Zawawi Salleh berkata bagi mencapai politik matang, wala’ yang sebenar adalah dengan menyerahkan segala keputusan kepada saf kepimpinan dan Majlis Syura Ulama serta akur kepada keputusan itu.

“Waima keputusan yang dibuat keputusan yang tidak masyhur ataupun tidak popular ataupun presiden Majlis Syura Ulama buat keputusan dengan pendekatan-pendekatan tertentu bagi menghadapi arus politik.

“… terutamanya apabila berlaku, (sebab) kita belum mesyuarat lagi putuskan hubungan dengan PKR, untuk kita membina masa depan parti dengan memberi wala’ yang sepenuhnya dan tanpa kita mengkritik secara songsang di belakang, insya-Allah bahtera parti kita akan berjalan dengan baik,” katanya dalam sesi penggulungan pada Muktamar PAS ke-63, di sini, hari ini.

Beliau berkata walaupun muktamar meluluskan usul memutuskan hubungan dengan PKR dan diterima sebulat suara oleh perwakilan, namun keputusan itu hanya akan dimuktamadkan selepas Majlis Syura Ulama bermesyuarat mengenainya dalam masa terdekat.

Terdahulu, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mahfooz Mohamed berkata keputusan untuk menamatkan tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR bukannya dibuat dalam masa singkat sebaliknya mengambil masa yang lama untuk dipertimbang dan dibincangkan.

Beliau berkata adalah tepat isu tahaluf siyasi diserahkan kepada Majlis Syura Ulama untuk memutuskannya kerana isu itu berkait dengan hukum.

“Ini kerana soal tahaluf siyasi adalah soal jasad dan berkaitan dengan hukum. Dulu pada masa kita nak bertahaluf dengan parti-parti politik, Majlis Syura Ulama membincangkan masalah tahaluf. Ini bukan mengambil masa yang pendek tetapi kita dah membincangkan semasak-masaknya sampai memakan masa lebih dua tahun.

“Akhirnya, Majlis Syura membuat keputusan bahawa PAS harus bertahaluf dengan parti yang lain termasuklah parti bukan Islam,” katanya.

Isu tahaluf siyasi PAS dengan rakan sekutu dalam gabungan pakatan pembangkang – DAP dan PKR – menjadi antara isu utama yang dibincangkan perwakilan bermula sejak Muktamar PAS ke-59 pada 2013 kerana ia dilihat tidak menguntungkan PAS. Pada 2015, PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP. – BERNAMA

Tags: Majlis SyuraPASTahaluf Siyasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menafikan dakwaan partinya dan BERSATU bersetuju untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd