• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Bot Nelayan Bantu Cari Anak Kapal KD Perdana

oleh AK-47
22/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Lapan bot nelayan laut dalam dan 10 bot nelayan kecil digerakkan hari ini bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan kru KD Perdana yang terputus hubungan sejak Sabtu lepas.

Anggota Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sedili, Bidin Sulong berkata kesemua bot berkenaan melibatkan kira-kira 70 nelayan yang sememangnya sedang berada di laut.

“Kami (PNK Sedili) menerima berita kejadian kira-kira 8.30 pagi tadi dan sehubungan itu, kami terus mengambil inisiatif menghebahkannya kepada nelayan terbabit untuk membantu dalam operasi SAR,” katanya yang ditemui pemberita di Jeti Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tanjung Sedili, di sini hari ini.

Bidin, 57, berkata kesemua bot tersebut adalah dari kelas B dan C yang turut dilengkapi walkie-talkie serta sistem kedudukan global (GPS).

Beliau yang berpengalaman sebagai nelayan sejak 40 tahun lepas berkata, pencarian tersebut ditumpukan secara rawak dari kedudukan 29 batu nautika Pulau Aur di Mersing sehingga ke timur Desaru, di sini.

Menurut Bidin, pencarian tersebut berkemungkinan mengalami sedikit kesukaran berikutan cuaca di laut yang tidak menentu kebelakangan ini.

“Setakat ini kami masih belum mendapat sebarang perkembangan mengenai operasi berkenaan. Apa pun kita cuba membantu sedaya yang boleh,” katanya.

Menurut Bidin, terdapat lebih 1,000 nelayan di kawasan Sedili dengan seramai 574 orang daripadanya berdaftar dengan PNK Sedili.

Kapal KD Perdana milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilaporkan terputus hubungan dengan bot yang membawa Tim Menggeledah ketika mengusir bot nelayan asing di perairan Sedili, Sabtu lepas.

TLDM dalam kenyataan hari ini berkata, bot berkenaan diketuai seorang pegawai dan lapan anggota Laskar Kanan ke bawah yang melaksanakan rutin rondaan maritim di kawasan perairan negara. – BERNAMA

Tags: Kapal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Prestasi Perolehan Tersasar, TLDM Beroperasi Dengan 26 Kapal Melepasi Usia Guna – Laporan Audit

Prestasi Perolehan Tersasar, TLDM Beroperasi Dengan 26 Kapal Melepasi Usia Guna – Laporan Audit

04/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mendapati prestasi perolehan dan penerimaan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sehingga...

Verstappen Laung Amaran Awal

Kapal Diserang Houthi Karam Di Laut Merah

03/03/2024
0

DUBAI: Sebuah kapal yang diserang kumpulan bersenjata Houthi Yaman karam di Laut Merah, sekali gus menjadi kapal pertama musnah sepenuhnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd