• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hafiz Hamidun Sah Suami Pengasas Kosmetik Joy Revfa

oleh AK-47
01/05/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Penyanyi Hafiz Hamidun selamat bergelar suami kepada pengasas kosmetik Siti Arifah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Joy Revfa dengan sekali lafaz petang Isnin.

Pasangan itu disatukan dalam sebuah majlis sederhana kira-kira pukul 3.20 petang di Dewan Masjid Negeri, di sini.

Hafiz atau nama sebenarnya Mohammad Hafiz Hamidun, 33, dan Joy dinikahkan oleh Imam Masjid Tun Uda, Firdaus Subhi.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 daripada pengantin lelaki sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Hafiz Hamidun Sah Suami Pengasas Kosmetik Joy Revfa

Hafiz Hamidun Sah Suami Pengasas Kosmetik Joy Revfa
Hafiz Hamidun Sah Suami Pengasas Kosmetik Joy Revfa

Pada upacara itu, penyanyi lagu Jodoh Berdua ini turut menyerahkan tujuh dulang hantaran dibalas dengan sembilan dulang daripada pengantin perempuan.

Pasangan mempelai kelihatan berseri-seri dalam persalinan rona putih rekaan Cosry.

Pernikahan mereka turut disaksikan seramai 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan terdekat kedua-dua belah pihak.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan dalam satu majlis sederhana pada 22 Mac lalu. – mStar Online

Kredit foto: Rio Production

Tags: hafiz hamidunperkahwinanselebriti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

Pasangan Artis Dicekup Berkhalwat?

Jawi Sahkan 2 Selebriti Ditahan, Disiasat Kerana Berkhalwat

09/03/2024
0

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengesahkan satu pemeriksaan sudah dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaannya di lokasi dua selebriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd