• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Lelaki Termasuk 2 Beradik Dipenjara 20 Tahun

oleh AK-47
31/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Empat lelaki termasuk dua beradik dihukum penjara 20 tahun selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian tanpa niat ke atas seorang individu, tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman menjatuhkan hukuman itu terhadap M. Aingaran, 30; adiknya, M. Balasubramaniam, 28; serta dua lelaki lain, M. Peerarasu dan P. Anbearasan, masing-masing berusia 31.

Beliau memutuskan sedemikian selepas meminda pertuduhan asal iaitu Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori kepada Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda.

Mengikut pertuduhan asal, kesemua tertuduh didakwa bersama-sama membunuh R. Tharmaraja, 32, kira-kira pukul 9 malam, pada 12 April 2014 di Pelangi Damansara PJU 6, Petaling Jaya dekat sini.

Dalam penghakimannya, Abdul Halim berkata kematian Tharmaraja adalah disebabkan provokasi yang ditimbulkannya sendiri selain pergaduhan serta cabar mencabar antara tertuduh dengan mangsa.

“Kamu seharusnya bersyukur kerana tidak dijatuhkan hukuman di bawah seksyen asal iaitu Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Saya harap hukuman ini menyediakan ruang kepada kamu untuk ubah sikap dan tatacara hidup.

Kesemua hukuman berkuat kuasa dari tarikh kesemua tertuduh ditangkap iaitu Aingaran pada 16 April 2014, manakala Balasubramaniam, Peerarasu dan Anbearasan masing-masing pada 20 Mei 2014.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar, sementara kesemua tertuduh diwakili peguam Gurbachan Singh.

Seramai 19 saksi pendakwaan dan tujuh saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan. – BERNAMA

Tags: dipenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

26/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Bekas pengurus bahagian pentadbiran dan sumber manusia Ladang Rakyat Terengganu dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM22,143 oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd