• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Lagi UTC Akan Diwujudkan Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
05/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang menyediakan pelbagai khidmat kepada masyarakat bakal diwujudkan di empat lagi negeri tahun ini, kata Pengarah Unit Strategik Nasional Kementerian Kewangan Datuk Dr Aminuddin Hassim.

Beliau berkata pengwujudan UTC di Negeri Sembilan, Perlis, Selangor dan Pulau Pinang itu adalah menerusi Bajet 2017.

“UTC di Ampangan, Negeri Sembilan dan Kangar, Perlis sedang dalam fasa pembangunan manakala UTC di Shah Alam, Selangor dan Pulau Pinang masih dalam peringkat perbincangan serta mengenal pasti tapak.

“Kita menjangkakan UTC di Ampangan dapat dibuka pada 15 Mei ini manakala UTC di Kangar pada Julai atau Ogos ini,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima lawatan delegasi Persidangan ‘Delivering Services Through One-Stop’ membabitkan 80 peserta dari 29 negara termasuk Kazakhstan, Belarus, Nepal, Rusia, Jerman, Kemboja, Denmark dan Slovakia, ke UTC Johor di Galleria@Kotaraya di sini.

Persidangan anjuran Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dan Bank Dunia itu berlangsung di Singapura sejak Rabu lepas hingga hari ini.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata setakat ini, terdapat 18 UTC di seluruh negara yang merekodkan seramai 46 juta pengunjung sehingga Mac lepas dan kerajaan menerima banyak cadangan daripada Anggota Parlimen untuk mewujudkan UTC di kawasan masing-masing.

“Bagaimanapun, tahun ini kita menumpukan hanya empat UTC ini dahulu sebelum diperluaskan ke tempat lain,” katanya dan menambah sekurang-sekurangnya 30 agensi disediakan di UTC terutamanya Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Menurut Aminuddin, kos mewujudkan UTC bergantung kepada bangunan yang dicadangkan kerajaan negeri dan agensi yang akan diletakkan di situ, namun, kebiasaannya antara RM15 juta dan RM50 juta.

Beliau berkata selain menyediakan perkhidmatan, UTC turut digalakkan menjadi pusat kemasyarakatan dan sukan dalam kalangan generasi muda.

“Kita mahu anak muda datang melepak ke UTC. Peranan UTC pada masa depan akan dijadikan seperti balai raya pada zaman dahulu yang mana orang ramai menjalankan aktiviti kemasyarakatan di situ,” katanya. – BERNAMA

Tags: UTC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kaunter UTC Beroperasi Hingga Jam 10 Malam Atasi Kesesakan Kaunter Imigresen

23/05/2022
0

KUALA LUMPUR: Semua Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Semenanjung akan beroperasi sehingga jam 10 malam mulai Rabu ini, kecuali UTC...

Waktu Operasi Baru UTC Sabah, Sarawak Mula 4 Mac

20/02/2019
0

PUSAT Transformasi Bandar (UTC) di Sabah dan Sarawak akan beroperasi pada waktu baru bermula 4 Mac ini setelah mengambil kira...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd