• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Rakan Dalam Perjalanan Ke Kolej Matrikulasi – Bapa

oleh AK-47
07/05/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Tiga rakan yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) berhadapan Stesen Minyak Petron, Jalan Malim, Taman Cheng Bistari pagi tadi dalam perjalanan ke Kolej Matrikulasi di Masjid Tanah di sini, menurut bapa seorang daripada remaja itu.

Badrul Hisham Ismail, 52, berkata anaknya Mohd Aiman Hakim, 19, anak kedua daripada enam beradik keluar pada kira-kira 7.30 pagi untuk pergi ke kolej berkenaan bagi mengambil keputusan Malaysian University English Test (MUET).

Beliau berkata anaknya itu merupakan pelajar dalam jurusan Sains Fizikal memaklumkan niatnya untuk mengambil keputusan ujian berkenaan kepada ibunya Anisah Ali, 49, malam tadi.

“Dia (Mohd Aiman Hakim) kata nak pergi ke Matrikulasi Londang dengan kawannya… isteri bagitau malam tadi dia salam dan peluk… jarang dia buat macam tu. Dia juga bersalam dengan saya seperti biasa sebelum saya ke tempat kerja pagi tadi,” kata pensyarah di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perempuan Melayu di Durian Daun itu ketika ditemui di sini.

Dalam kejadian kira-kira 11.25 pagi tadi, Mohd Aiman Hakim, Nik Muhammad Sajirin Nik Hazairi, 19 dan Mohamad Shawal Abdul Razak, 19, maut di tempat kejadian selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah kereta dalam hujan lebat.

Badrul Hisham berkata dia dan keluarga dimaklumkan tentang kemalangan menimpa anaknya itu oleh anggota polis yang datang ke rumah mereka di Bukit Baru kira-kira 12 tengah hari tadi, dan menurutnya walaupun sedih, mereka reda dengan pemergian anaknya itu.

Katanya anaknya itu yang bekerja sementara sebagai jurujual separuh masa di sebuah pusat beli-belah di bandaraya sementara menunggu tawaran melanjutkan pelajaran, seorang anak yang baik dan sentiasa memaklumkan kepadanya jika hendak keluar.

Sementara itu, Marizon Wahab, 44, ibu kepada Mohamad Shawal, berkata dia berasa tidak ‘sedap hati’ selepas cubaan menghubungi anaknya itu beberapa kali gagal kira-kira pukul 2 petang tadi, sebelum dimaklumkan mengenai kemalangan itu .

“Aiman datang ambil dia di rumah dan makcik pun ada pesan padanya supaya bawa kereta elok-elok sebab hujan.

“Dia (anak) kata nak keluar sekejap teman kawan ambil sijil,” kata ibu tunggal itu yang tinggal di Bukit Baru di sini. – BERNAMA

Tags: kemalangan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘SimetriSiti’ Buah Tangan Terkini Siti Demi Peminat

Next Post

Unduk Ngadau Punya Pengertian Tersendiri – Pairin

Related Posts

Dua Van Kilang Bertembung, Pemandu Tersepit

Dua Van Kilang Bertembung, Pemandu Tersepit

18/05/2025
0

BAYAN LEPAS – Seorang lelaki cedera selepas tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dalam kemalangan membabitkan dua buah van kilang...

Warga Emas Maut Dipercayai Terlelap Ketika Menunggang Motosikal

Warga Emas Maut Dipercayai Terlelap Ketika Menunggang Motosikal

17/02/2025
0

KOTA BHARU – Seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun maut dalam kemalangan di Jalan Salor Baru - Pasir Mas...

Next Post

Unduk Ngadau Punya Pengertian Tersendiri - Pairin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd