• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Klinik Desa Di Baling Dibaik Pulih

oleh Ahmad Albab
21/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING – Kerja membaik pulih tiga daripada 35 klinik desa di daerah Baling dijangka siap menjelang Khamis depan manakala baiknya akan dilaksanakan secara berperingkat, kata Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Dr Chen Chaw Min.

Beliau berkata kerja membaik pulih Klinik Desa Teloi Kanan, Klinik Desa Charuk Beras dan Klinik Desa Kuala Merah, yang dimulakan pada 16 Mei lalu membabitkan kos RM46,000 itu kini siap 80 peratus.

Baling, katanya, mempunyai klinik desa paling banyak di Kedah, namun hanya sebuah sahaja klinik desa yang dibina baharu dan selebihnya merupakan bangunan rumah bersalin kerajaan yang dinaik taraf menjadi klinik desa.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Projek Pembaikan Klinik Desa Daerah Baling di bawah inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Giat Mara Baling dan Sik serta Kolej Komuniti Baling, di Klinik Kesihatan Kuala Ketil, di sini, hari ini.

Sementara itu, katanya, projek sama sudah dilaksanakan sebelum ini di Johor, Sabah, Sarawak dan Perak, dan pada tahun ini di beberapa negeri lain termasuk Kedah.

Dr Chen berkata kos untuk membaik pulih semua klinik desa di seluruh negara agak terhad dan tidak mencukupi, namun menerusi pelaksanaan NBOS, kos kerjanya menjadi lebih rendah manakala jangka masa pelaksanaan pula singkat namun memberi impak yang tinggi.

“Contohnya, kos secara sebut harga bagi tiga klinik desa terbabit ialah RM83,100 manakala kos secara NBOS ialah RM46,000, penjimatan RM37,100,” katanya.

Beliau berkata projek yang dilaksanakan menerusi NBOS bukan sahaja memberi manfaat kepada pelanggan Kementerian Kesihatan, malah kepada kakitangan yang mendapat kemudahan kuarters, untuk tinggal dalam persekitaran yang lebih baik.

Katanya, selain klinik desa, NBOS yang dilaksanakan turut melibatkan usaha mengecat semula 33 bangunan kolej kejururawatan dan Kolej Penolong Pegawai Perubatan serta pergigian di seluruh negara. – BERNAMA

Tags: Kedahklinik desa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

05/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah petang semalam bagi tujuan pertuduhan selepas agensi itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd