• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

17 Rumah Rosak Dilanda Ribut Di Pekan

oleh Ahmad Albab
22/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Sebanyak 17 rumah penduduk Taman Dato’ Shahbandar serta kawasan Benta Jambu dekat sini rosak teruk apabila kawasan itu dilanda ribut petang semalam.

Kejadian pada 4 petang itu bermula dengan angin kuat diikuti hujan lebat sehingga kebanyakan atap rumah penduduk terlibat berterbangan menyebabkan kerosakan harta benda dalam rumah.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Banjir daerah Datuk Ali Syahbana Sabaruddin berkata, keadaan itu menyebabkan 17 keluarga terpaksa ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara.

“Dua pusat berkenaan ialah Pejabat Kemas Daerah Pekan yang menempatkan enam keluarga, manakala selebihnya berada di pusat pemindahan Rumah Umno Kampung Benta.

“Kesemuanya melibatkan seramai 92 mangsa yang kini masih berada di pusat pemindahan setakat 12 tengah hari ini dan usaha membantu membaiki rumah mangsa masih dalam perbincangan dan penilaian,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Angin kencang dan hujan lebat petang semalam turut merosakkan bumbung garaj Masjid Taqwa di sini, selain kerosakan kecil pada gerai peniaga di sekitar kawasan Peramu. – BERNAMA

Tags: Pekanribut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

26/10/2024
0

BENTONG : Sekurang-kurangnya 23 rumah di tiga kampung tradisional di kawasan Pelangai, di sini rosak akibat ribut yang menerbangkan atap...

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

16/09/2024
0

Alor Setar : Tiga buah feri dari Kuala Kedah ke Langkawi yang membawa 610 penumpang terpaksa berpatah ke Terminal Feri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd