• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

14 Pemain Galas Cabaran Negara Di Futsal AFC B-20

oleh AK-47
11/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih skuad futsal negara, Chiew Chun Yong telah menyenaraikan 14 pemain bagi menghadapi Kejuaraan Futsal Bawah 20 tahun (B-20) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2017 di Bangkok dari 16 hingga 26 Mei ini.

Menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini, lima daripada senarai awal 19 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat bermula 26 April lalu digugurkan iaitu Farid Lokman, Farhan Khairul Anuar, Fadilah Raj Kafor, Affiq Miswan dan Syahril Ezuwan Sadre..

Sepanjang kem latihan tersebut, skuad futsal B-20 kebangsaan telah mengharungi tiga perlawanan persahabatan bertemu pasukan tempat ketiga Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2017, Pahang (menang 4-1); juara LFK 2017, Melaka (kalah 6-4) dan Kuantan Rangers (menang 9-3).

Pada kejohanan di Bangkok nanti, Malaysia, dalam kumpulan A, akan bertemu tuan rumah Thailand pada 16 Mei diikuti Afghanistan (17 Mei), Bahrain (18 Mei), Iraq (19 Mei) dan Brunei pada 20 Mei ini.

Sejumah 21 negara yang dibahagikan dalam empat kumpulan akan mengambil,bahagian dengan dua pasukan teratas kumpulan akan meneruskan cabaran bagi saingan kalah mati di peringkat suku akhir pada 22 Mei, separuh akhir pada 24 Mei dan aksi final pada 26 Mei.

Senarai Pemain Malaysia:

Aiman Fikry Ramli, Nur Hazim Suleiman, Muhammad Nurasyraaf Mohamad Azle, Ahmad Harith Naim Mohd Nasir, Mohamad Awalluddin Mat Nawi, Muhammad Farikh Khabibor Rahman, Mohamad Umarul Hakimi Mohd Nasarudin.

Muhammad Amirul Sugito, Shah Azman Ekmal Saleh, Mulhim Muqri Faisal, Iskandar Harun, Muhammad Saad Abdul Sani, Muhammad Aidil Shahril Rosli dan Fakhrul Islam Anizam.

KUMPULAN:

A: MALAYSIA, Thailand, Iraq, Brunei, Bahrain, Afghanistan

B: Vietnam, Jepun, Taiwan, Tajikistan, Indonesia

C: Uzbekistan, Qatar, Lubnan, Myanmar, Hong Kong

D: Iran, Kyrgyzstan, China, Mongolia, Emiriyah Arab Bersatu (UAE)

– BERNAMA

Tags: FutsalFutsal AFC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Cepat Menghukum Pasukan Futsal Johor

13/09/2018
0

IPOH — Pasukan futsal Johor mohon peminat sukan tempatan agar tidak terus menghukum barisan pemain dan negeri itu secara keseluruhannya...

Chun Yong Senarai 20 Pemain Terbaik Ke Latihan Pusat

26/12/2017
0

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih futsal kebangsaan, Chiew Chun Yong menyenaraikan 20 pemain terbaik bagi menyertai kem latihan pusat sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd