• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zakir Naik Tidak Tersenarai Sebagai Entiti Pengganas

oleh AK-47
03/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini memaklumkan bahawa pendakwah Dr Zakir Naik dibenarkan masuk ke negara ini kerana tidak tersenarai sebagai entiti pengganas dalam senarai undang-undang antarabangsa.

KDN berkata nama Dr Zakir Naik tidak terkandung dalam senarai Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSCR) 1988 dan UNSCR 1267.

“Oleh itu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tiada halangan ke atas kemasukannya kerana tidak melanggar undang-undang negara,” kata KDN dalam jawapan bertulis kepada M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) di Dewan Rakyat.

Kulasegaran ingin tahu dakwaan kononnya pendakwah kelahiran India itu dikatakan terlibat dalam aktiviti keganasan di beberapa negara dan mengapa kerajaan masih belum menghalangnya memasuki Malaysia.

Menurut KDN, JIM menyenaraihitamkan semua individu yang dianggap membawa ancaman kepada keselamatan dan ketenteraman negara berdasarkan maklumat disalurkan agensi penguat kuasa berkaitan.

Jelas kementerian itu lagi, seseorang individu tidak akan disenaraihitamkan hanya berdasarkan laporan media melainkan agensi penguat kuasa yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat berkaitan untuk tindakan JIM.

Menurut KDN, seramai 1,220,054 orang dihalang memasuki Malaysia bagi tempoh 2010 hingga 2017. – BERNAMA

Tags: Dr Zakir Naik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Superman’ Kecundang Di LPT Kini Diburu Polis Trafik

Ramasamy Saman Zakir Naik, Dakwa Difitnah Pada Ceramah Di Nigeria

27/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy mengemukakan saman terhadap pendakwah bebas dari India, Dr...

Dakwah Dr Zakir Tak Sesuai Di Negara Ini?

24/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Kaedah digunakan pendakwah dari India, Dr Zakir Naik yang dianggap merendahkan agama lain tidak sesuai dengan budaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd