• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yusry, Lisa Surihani Dapat Anak Lelaki

oleh Ahmad Albab
23/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKTRES Lisa Surihani selamat melahirkan anak kedua di Pusat Perubatan Pantai di sini, jam 7.10 pagi tadi.

Suami Lisa, pengarah dan komposer terkenal, Yusry Abdul Halim, bersyukur isteri dan bayi lelaki mereka, sihat.

Yusry bagaikan tidak percaya sudah mempunyai sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan. “Susah nak percaya.”

“Tapi saya amat bersyukur dengan kurniaan indah ini. Saya dan Lisa dapat anak kedua dalam tempoh segera.

“Ketika mula mendapat tahu Lisa hamil anak pertama, Yahaira Leanne, belum cukup setahun. Sebelum ini, kami menunggu lama untuk mendapat bayi pertama.

“Lisa juga tidak berdepan masalah ketika melahirkan anak kedua. Semuanya dipermudahkan,” kata Yusry kepada BH Online. Lisa turut gembira dengan kelahiran anak kedua.

“Alhamdulillah, semua cukup manis untuk saya kenang.

“Terima kasih kepada mereka yang mendoakan kesihatan saya, anak dan keluarga kami.

“Yahaira sudah jadi kakak,” katanya. Terdahulu, khabar gembira itu dikongsi Yusry di laman Instagram dengan keterangan berbunyi: “Alhamdulillah.  Lisa sudah selamat melahirkan bayi lelaki pagi tadi. Syukur alhamdulillah.”

Yusry dan Lisa mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya.

Pada September 2015, mereka dikurniakan anak pertama. – Berita Harian

Tags: Lisa SurihaniYusry Abd Halim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lisa Surihani Tampil Bertudung Selepas Pulang Umrah

26/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Aktres Lisa Surihani tampil dengan imej bertudung selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini. Bagaimanapun, dia...

Tampil Rambut Baru, Lisa Surihani Terima Pujian

17/02/2018
0

AKTRES Lisa Surihani akhir-akhir ini mencuri perhatian netizen apabila tampil anggun dan menawan dengan gaya baharu berambut pendek. Memetik laporan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd