• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wartawan Ditahan Proses Edar Biskut Ganja

oleh AK-47
20/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

AMPANG – Seorang wartawan bersama empat sahabatnya yang mendalangi kegiatan memproses dan mengedar biskut mengandungi dadah jenis ganja akhirnya terbongkar selepas diserbu polis di dua buah rumah di Bukit Antarabangsa.

Dalam serbuan Selasa lalu, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya menahan lima individu di sebuah apartment kira-kira jam 8.55 malam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias, hasil pemeriksaan di dalam rumah menemui empat ketulan mampat dipercayai dadah jenis ganja, tiga keping biskut dipercayai mengandungi ganja dan satu bekas tuppaware berisi serbuk tumbuhan juga dipercayai ganja.

“Susulan tangkapan itu, polis menyerbu sebuah rumah banglo berhampiran apartment dan menemui 34 keping biskut ganja dan separuh keping biskut ganja.

“Hasil rampasan dianggarkan bernilai RM 7,470,” katanya.

Hamzah berkata, siasatan awal mendapati suspek yang ditahan adalah wartawan dan penuntut universiti, dua penganggur dan seorang warga asing yang menetap di Malaysia sejak 10 tahun lalu.

Menurutnya, salah seorang suspek mempunyai satu rekod lampau berhubung Seksyen 381 Kanun Keseksaan dan pernah ditangkap pada tahun 2015.

“Semua suspek yang berusia 24 hingga 27 tahun itu didapati positif dadah dan direman seminggu sehingga 25 April ini untuk siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952. – MYNEWSHUB.CC

Tags: dadahditahanganjawartawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd