• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Maut Kereta Dihempap Pokok

oleh Ahmad Albab
22/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang wanita warga emas maut selepas kereta dinaikinya dihempap sebatang pokok yang tumbang ketika melalui Jalan Sultan Nazrin Shah, berhadapan sebuah hotel di sini, hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa Ng Peng Tee, 65, yang duduk di tempat duduk penumpang maut di tempat kejadian.

Katanya suami mangsa yang merupakan pemandu kereta Loi Chok Kai, 66, cedera di bahagian kepala, manakala anak perempuan pasangan itu, Loi Phooi Yin, 32, cedera pada bahagian muka dan tangan kiri.

“Suami dan anak mangsa kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kejadian berlaku ketika hujan lebat berserta angin kencang di sekitar Ipoh yang bermula kira-kira pukul 3 petang.

Sementara itu, seorang saksi kejadian Bob Wee, 70, berkata ketika kejadian beliau berada di dalam pejabatnya yang terletak berhampiran dengan lokasi.

“Saya terdengar bunyi yang sangat kuat apabila saya melihat dari tingkap saya lihat batang pokok itu telah menghempap kereta mangsa.

Kemudian saya lihat ada penunggang motosikal dan beberapa pekerja hotel cuba menyelamatkan mereka yang berada di dalam kereta,” katanya. – BERNAMA

Tags: dihempap
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Anggota Tentera Maut Dihempap Pokok Ketika Operasi

Dua Anggota Tentera Maut Dihempap Pokok Ketika Operasi

11/07/2022
0

GERIK – Dua anggota tentera maut dihempap pokok tumbang ketika menjalankan operasi di kawasan pedalaman Hutan Belum di sini semalam....

Lelaki Maut Dihempap Forklift

02/11/2019
0

KUALA SELANGOR - Seorang lelaki maut akibat dihempap forklift yang dipandunya dalam kejadian di sebuah kilang di Bestari Jaya, kelmarin....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd