• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Khas Bela Budak Mangsa Cerai – Wanita UMNO

oleh AK-47
18/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyediaan peguam khas di Mahkamah Syariah untuk membela nasib kanak-kanak mangsa perceraian adalah antara cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Pemandu Undang-Undang Syariah, Pergerakan Wanita UMNO dalam mesyuarat pertamanya hari ini.

Naib Ketua pergerakan itu, Datuk Azizah Mohd Dun berkata hasrat itu perlu diperjuangkan kerana anak-anak mangsa perceraian memerlukan pembelaan demi masa depan mereka.

“Undang-undang keluarga perlu ditambah baik dan dikaji semula . Sebab itu kita kemukakan cadangan ini. Selama ini apabila berlaku kes di mahkamah… ibu bapa ada peguam, tetapi anak-anak terbiar. Siapa yang akan membela nasib dan kebajikan mereka? ” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Hadir sama dalam mesyuarat kira-kira tiga jam itu ialah Timbalan Menteri Kerja Raya yang juga Exco Wanita UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, ketua hakim syariah negeri-negeri, wakil Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, pengamal undang-undang serta ahli politik.

Jawatankuasa Pemandu Undang-Undang Syariah diwujudkan hasil perbincangan pada Sidang Meja Bulat Syariah anjuran Biro Perundangan dan Advokasi, Pergerakan Wanita UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2016.

Dalam perhimpunan agung itu, Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan penubuhan jawatankuasa itu yang menekankan kepada tiga aspek utama iaitu penyeragaman undang-undang syariah, perundangan perwarisan harta pusaka orang Islam dan pemerkasaan Mahkamah Syariah.

Azizah yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata turut disentuh dalam mesyuarat itu adalah cadangan mewujudkan lima hierarki Mahkamah Syariah, menambah jumlah hakim wanita serta urusan mengenai pengurusan harta pusaka.

“Pihak berkepentingan yang hadir pada hari ini menyokong usaha kami dan memberi penjelasan intensif. Kami harap perjuangan ini akan dapat memberi nikmat kepada masyarakat Islam. Ini adalah suatu permulaan dan perbincangan seterusnya akan diadakan kelak supaya cadangan-cadangan ini dapat dilaksanakan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Azizah Mohd DunWanita UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Angkat Jawatan Ketua Wanita Setaraf Timbalan Presiden UMNO

05/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Wanita UMNO mahu jawatan ketua sayap pergerakan itu diiktiraf dan diangkat setaraf jawatan Timbalan Presiden UMNO. Ketuanya,...

Bertenang, Istiqamah Bersama Parti – Noraini

26/10/2018
0

KEKAL... Semua ahli UMNO di seluruh negara diminta agar bertenang dan terus istiqamah bersama parti dalam perjuangan memenangi semula keyakinan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd