• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Baru 3 Tahun Tapi Dah Hebat Gila”

oleh AK-47
02/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG budak lelaki berusia tiga tahun di Iran berjaya meraih perhatian pengguna Internet selepas aksinya melakukan rutin seorang gimnas seperti back flip dan balik kuang menjadi tular di media sosial.

Portal Dailymail melaporkan, kebolehan Arat Hosseini melakukan rutin itu termasuk memanjat din­ding setinggi tiga meter di rumahnya dengan tangan kosong membuatkan dia digelar sebagai Spider Boy.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di akaun Instagram Arat, kanak-kanak cilik itu dirakam melakukan pelbagai aksi lasak bak ahli gimnas profesional sambil dipantau oleh bapanya.

Kedua-dua ibu bapa Arat, Mohamad dan Fatemeh yang tinggal di Babol, wilayah Mazandaran mengatakan anak lelaki mereka tidak pernah mendapatkan latihan secara profesional sebaliknya hanya berlatih dalam tempoh 10 hingga 20 minit di rumah mereka.

Tambah Mohamad , dia hanya menyedari kebolehan luar biasa anaknya semasa membelai Arat yang sedang tidur sejurus pulang dari bekerja.

“Saya mendapati kekuatan dan kederat luar biasa Arat semasa dia menggenggam tangan saya sejurus dia bangun dari tidur.

“Kini, dia menggemari rutin balik kuang dan akan berlatih selama 20 minit sehari,” katanya.

"Baru 3 Tahun Tapi Dah Hebat Gila"

"Baru 3 Tahun Tapi Dah Hebat Gila"
Sementara itu, Mohamad memberitahu, Arat mula menjalani latihan gimnastik sejak berumur sembilan bulan di rumah mereka.

Kini, kanak-kanak itu mempunyai sebanyak 25,000 pengikut di Instagram dengan kesemua video berkenaan merakamkan aksi kanak-kanak terbabit akan melakukan rutin gimnastik sejak dari awal klip berkenaan.

“Arat seorang insan yang luar biasa dan di dalam bidang sukan, dia akan berjaya dalam bidang itu,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bakatgimnasgimnastik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ketua Polis Kelantan Meninggal, Serangan Jantung

Next Post

PAS Sindir Azmin Kami Tok Lebai ‘Legislator’

Related Posts

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Upaya Bakat Jana Komuniti Sejahtera

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Upaya Bakat Jana Komuniti Sejahtera

31/07/2024
0

KELAZIMANNYA konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dianggap masih baharu di Malaysia yang mana tidak ramai tahu bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi...

MPN Syor Manfaatkan Bakat Malaysia Di Luar Negara

07/06/2022
0

PUTRAJAYA: Majlis Profesor Negara (MPN) berpendapat bakat Malaysia yang berada di luar negara masih boleh digemblengkan tanpa perlu mereka pulang...

Next Post

PAS Sindir Azmin Kami Tok Lebai 'Legislator'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd