• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ummi Nazeera Pilih Ogos Untuk Kahwin

oleh AK-47
18/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKTRES Ummi Nazeera bakal melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya yang dikenali sebagai Dr. Izzar pada Ogos depan.

Bagaimanapun, tarikh sebenar majlis akad nikah dan resepsi hanya akan diumumkan oleh Ummi pada Jumaat ini.

Pengumuman itu dibuat oleh pelakon Hikayat Merong Mahawangsa itu sendiri menerusi laman Instagramnya beberapa jam lalu.

Hello! Good morning and Assalamualaikum ! Saya , Ummi nazeera dan juga tunang saya Dr. Izzar akan mengumumkan tarikh akan berlangsungnya pernikahan dan resepsi kami berdua pada hari Jumaat Ini. Don’t book anything yet ya ! We have chosen the month of August which is the month of our birthdays to complete half of our deen in shaa Allah. Byk dugaan bila bertunang ni haha ! Doa ya ! ❤️ #MrImissesU

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on Apr 17, 2017 at 7:51pm PDT

Terdahulu, dia hanya menyatakan bakal melangsungkan hari bahagia bersama pemuda terbabit selepas Aidilfitri tahun ini.

“Saya dan tunang, Dr. Izzar, akan mengumumkan tarikh berlangsungnya pernikahan dan resepsi pada Jumaat ini.

“Kami memilih Ogos, yang juga bulan kelahiran saya, untuk menyempurnakan separuh tanggungjawab ini. Insya-Allah. Banyak dugaan apabila bertunang ini. Doakan ya!” tulis beliau di laman sosial berkenaan.

Ummi yang bakal berusia 27 tahun pada 20 Ogos depan, menyifatkan tempoh pertunangannya dengan lelaki itu merupakan satu peluang untuk mengenali satu sama lain dengan lebih rapat.

“Alhamdulillah, tempoh pertunangan ini menjadi masa untuk kami mengenali antara satu sama lain, walaupun hanya sebulan sekali kami bertemu. Maklumlah, dia bertugas di sebuah hospital di Sarawak,” ujarnya.

Pasangan ini ditunangkan dalam sebuah majlis tertutup pada 11 Disember tahun lalu. Kedua-duanya berkenalan menerusi ibu pemuda terbabit pada sebuah majlis, 29 Januari tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Artis KahwinUmmi Nazeera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tasha Shilla Sah Milik Muhammad Atiq

28/02/2020
0

PELAKON Tasha Shilla, 33, sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya yang juga pakar kewangan, Muhammad Atiq Idris, 33, dengan sekali...

Aiman, Zahirah Sah Bergelar Suami Isteri

21/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Aiman Hakim Ridza, 31 dan Zahirah Macwilson, 25, memilih tarikh 20.02.2020 untuk melangsungkan pernikahan mereka. Pasangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd