• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Transformasi Orang Muda Dapat Sambutan – Razif

oleh Ahmad Albab
18/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Program Transformasi Orang Muda (TOM) yang dilancarkan kerajaan Terengganu sejak Februari tahun lalu berjaya memikat golongan muda untuk terus bersama menyokong aspirasi kerajaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata program yang menekankan aspek pendidikan dan peluang pekerjaan nyata disambut baik dan golongan muda mula memahami usaha kerajaan dalam memenuhi kehendak dan keperluan mereka.

“Hari ini saya meluangkan masa bersama golongan muda di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Ladang dan mereka berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana banyak sediakan program untuk memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pembangunan dan kemajuan negara.

“Antaranya kerajaan negeri akan lancarkan dalam masa terdekat ialah program sifar keciciran selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia, skim latihan kerja untuk golongan muda dan meneruskan usaha melahirkan lebih ramai usahawan dalam Program Graduan Usahawan Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada lebih 100 penerima di Pasir Panjang di sini hari ini.

Terdahulu, beliau turut meluangkan masa bersarapan dengan lebih 200 penduduk setempat dan turun padang ke Pasar Bukit Besar untuk mendengar masalah peniaga di situ.

Ahmad Razif berkata beliau juga yakin pengundi DUN Ladang akan menyokong Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang kerana penduduk kawasan itu sentiasa mendapat bantuan daripada kerajaan walaupun ia adalah kawasan pembangkang.

“Semua aktiviti turun padang, bantu rakyat di DUN Ladang ini pasti dinilai oleh pengundi. InsyaAllah kita akan dapat balik DUN Ladang dan Parlimen Kuala Terengganu, ” katanya. – BERNAMA

Tags: Belia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

18/05/2023
0

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan khutbah Jumaat di negeri ini esok bertemakan belia sempena Hari Belia Negara...

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

24/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) menyediakan RM330 juta, termasuk RM10 juta bagi membantu belia daripada keluarga susah,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd