• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Mahfuz Serbu Masuk Dewan Kurang Sopan

oleh AK-47
11/04/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menyifatkan tindakan anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menyerbu masuk bagi menyerahkan memorandum bantahan kepadanya sebaik sidang Dewan Undangan Negeri ditangguhkan hari ini sebagai kurang sopan.

Katanya beliau sudahpun mengarahkan pegawainya supaya menerima memorandum tersebut bagi pihak beliau seperti amalan biasa yang dilakukan oleh mana-mana pemimpin kerajaan sebelum ini.

“Namun tindakan Mahfuz enggan menyerahkannya kepada wakil saya sebelum menyerbu beramai-ramai masuk ke dalam dewan adalah tidak sopan dan saya tidak fikir ia boleh diterima oleh mana-mana pihak.

“Mahfuz sepatutnya memahami perkara itu dan beliau ada peluang untuk berjumpa saya untuk bertanyakan hal itu di masa lain kerana saya (bersikap) terbuka,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mahfuz hadir bersama-sama 14 penduduk yang membantah tanah mereka di Kampung Baru, Jalan Padang Tembak, Bukit Pinang yang didakwa mahu diambil oleh Permodalan Kedah Berhad bagi tujuan pembinaan rumah kakitangan kerajaan.

Ahmad Bashah turut mempersoalkan niat Mahfuz itu yang tidak ubah seperti mahu mencari populariti sekaligus menutup kelemahannya di kawasan yang diwakilinya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Operasi Perjudian Haram: 34 Suspek Ditahan

Next Post

87 Kemalangan Maut Direkod Di Sarawak Dari Januari-Mac

Related Posts

PRU14: BN Kedah Hormati Keputusan Rakyat

10/05/2018
0

ALOR SETAR - Barisan Nasional (BN) Kedah menghormati keputusan rakyat negeri ini yang menolak parti itu pada Pilihan Raya Umum...

Ahmad Bashah Gagal Pertahan DUN Suka Menanti

10/05/2018
0

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka...

Next Post

87 Kemalangan Maut Direkod Di Sarawak Dari Januari-Mac

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd