• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiket Berlebih: 40K Mangsa Dipaksa Keluar Di AS Setahun

oleh
12/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

INISIDEN tular memaparkan seorang penumpang dipaksa keluar dari pesawat United Airlines baru-baru ini sehingga dikecam banyak pihak bukanlah isu baharu di Amerika Syarikat (AS).

Malah amalan operator udara membenarkan tiket dijual melebihi kapasiti tempat duduk dalam pesawat bukan sahaja dilakukan di AS, ia turut lazim dipraktikkan di India dan China yang pesat industri penerbangan awamnya.

Menurut laporan media AS sendiri, sepanjang tahun lalu sahaja, kira-kira 434,000 penumpang mendapati mereka membeli tiket berlebihan dan daripada jumlah itu, 40,000 penumpang terpaksa turun dari pesawat secara paksa.

Bagaimanapun perkara itu tidak diperbesarkan bukan kerana tidak sempat dirakamkan video untuk ditularkan menerusi perkongsian dalam media sosial, sebaliknya ia diselesaikan secara tolak ansur sesama penumpang sendiri.

Untuk rekod, kebanyakan syarikat penerbangan di AS mampu meraih keuntungan besar hasil penjualan tiket secara berlebihan apabila berjaya mengurangkan risiko kerusi yang kosong bagi diisi terutama laluan sibuk dan popular.

Uniknya jika berlaku kes ada penumpang yang gagal mendapat tempat duduk, pihak operator penerbangan akan menawarkan pula pampasan daripada serendah AS$100 sehingga AS$300 mengikut jarak destinasi mereka.

Dalam kes kontroversi United Airlines minggu lalu, ia bahkan menawarkan ganti rugi serendah AS$400 sebelum naik kepada AS$800, suatu amaun sebenarnya terlalu lumayan berbanding harga tiket penerbangan itu sendiri.

Malangnya, drama ‘aksi lagak ngeri’ itu tidak berakhir mengikut ‘skrip’ dan menurut media AS, insiden berpunca akibat semua penumpang mementingkan diri sendiri dan enggan mengalah keluar dari pesawat secara sukarela.

Pada kelaziman, penumpang yang keluar akan dipindahkan dan diberi keutamaan untuk menaiki penerbangan destinasi sama untuk jadual berikutnya dan jika penerbangan tiada, mereka diberi penginapan percuma di hotel.

Ini bermakna, penumpang memang tidak rugi apa-apa pun kerana hak dan kebajikan mereka masih dijaga oleh syarikat terbabit malahan dilayan macam raja sekiranya menaiki penerbangan destinasi sama pada keesokannya.

Menurut penganalisis industri penerbangan komersial, Robert Mann, amalan sedemikian bukan pelik tetapi beliau menyifatkan ia turut disebabkan ‘perang harga’ sehingga ramai berebut membeli tiket dijual pada harga rendah.

“Ini mungkin boleh dielakkan jika syarikat penerbangan menjual tiket pada harga premium, sekali gus tidak menyebabkan berlaku terlebih tempahan kerusi dalam pesawat dan menyusahkan penumpang pula,” ujar beliau.

Pada kebiasaannya, kebanyakan pesawat milik syarikat penerbangan asing ternama menyaksikan ada sekurang-kurangnya 30 peratus kerusi tidak diisi langsung namun operator itu sudah pun untung secara kiraan ekonomi.

Ironinya, akibat persaingan sengit untuk mencatat laba besar, banyak syarikat penerbangan di AS lebih memikirkan aspek kapitalis daripada melaksanakan tanggungjawab sosial korporat. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: penerbanganUnited Airlines
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Ditunda Lima Kali, Ka Siong Tegur Air Asia

Penerbangan Ditunda Lima Kali, Ka Siong Tegur Air Asia

21/07/2024
0

SHAH ALAM - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menzahirkan rasa tidak kecewa terhadap perkhidmatan syarikat penerbangan tambang murah,...

Singapura Batalkan Penerbangan Ke Taiwan

Singapura Batalkan Penerbangan Ke Taiwan

05/08/2022
0

SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) dan syarikat penerbangan tambang murah Scoot membatalkan penerbangan ke Taiwan susulan ‘sekatan udara’ ketika latihan tembakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd