• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Perlu Perbesar Isu Penahanan Siti Noor Aishah

oleh Ahmad Albab
02/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kementerian Dalam Negeri hari ini meminta semua pihak tidak memperbesarkan isu penahanan Siti Noor Aishah Atam dan menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan.

Timbalan Menterinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata jika Siti Noor Aishah yang ditahan semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) didapati tidak bersalah, bekas pelajar Universiti Malaya itu akan dibebaskan.

“Polis tidak akan menahan mana-mana orang sekiranya mereka langsung tidak terlibat dengan aktiviti yang didapati cenderung kepada kegiatan keganasan.

“Dalam kes Siti Noor Aishah ini, dia akan dinilai sama ada betul-betul terlibat dengan keganasan atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Mini #KitaPulai di Permatang Kempas, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai penahanan semula Siti Noor Aishah, 29, di bawah Sosma pada 27 Mac lepas dan kini ditempatkan di Penjara Kajang.

Penahanan yang dilakukan ketika Siti Noor Aishah hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu adalah susulan rayuan oleh Timbalan Pendakwa Raya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan wanita tersebut pada September lepas.

Pada Mac tahun lepas, Siti Noor Aishah ditahan buat pertama kali di bawah Seksyen 130JB Kanun Keseksaan dan Sosma kerana memiliki 12 buku yang didakwa berkaitan kumpulan pengganas.

Nur Jazlan yang juga Anggota Parlimen Pulai, turut menyelar tindakan pembangkang yang mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dengan tampil cuba memperjuangkan kes itu.

“Tidak perlu adanya pembangkang yang konon-kononnya mahu membela Siti Noor Aishah sedangkan mereka ini (pembangkang) membelanya dengan cara tidak jujur.

Inilah cara pembangkang yang mahu meraih undi rakyat,” katanya.

Sementara itu, Nur Jazlan turut menasihati rakyat di negara ini agar tidak terlibat dengan penyebaran mesej berunsurkan aktiviti pengganas melalui laman sosial seperti Facebook atau aplikasi WhatsApp.

“Polis sentiasa pantau setiap perhubungan yang berlaku. Orang asal yang hantar, dia pandai ‘tutup diri’ (untuk elak dikesan polis) dan yang ditahan pula orang kedua atau ketiga yang didapati terlibat memanjangkan mesej itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Nur Jazlan MohamedSiti Noor Aishah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Zero To Hero’ Pembimbing Rakan Sebaya Hindar Dadah

27/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Program ‘Zero to Hero’ yang dilaksanakan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) akan melahirkan kader baharu di kalangan...

Permohonan Taraf Warganegara Proses Rumit

20/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Permohonan taraf kewarganegaraan terutama penduduk di Sabah dan Sarawak perlu diteliti dengan terperinci dan berdasarkan kes demi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd