• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Telco Terlibat Penjualan Data Pengguna – JSJK

oleh
08/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJUNG MALIM – Tiada syarikat telekomunikasi (telco) di negara ini yang terbabit dalam penjualan data peribadi pelanggan hingga disalahgunakan oleh sindiket penipuan siber.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata data peribadi pelanggan itu berkemungkinan diperoleh daripada pihak lain seperti penjualan produk atau mereka yang menjalankan kaji selidik.

“Kalau ada, kita sudah tahu. Setakat ini, kita tak mendengar apa-apa seperti orang kata yang syarikat telco menjual maklumat peribadi pengguna. Kita pasti benda itu tidak berlaku,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyertai program Kayuhan Berbasikal Amal Al-Hilmi bersama pengasas Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Baitul Al-Hilmi, Datuk Ahmad Faris Abdul Halim bersempena sambutan Hari Polis ke-210 di Kampung Sawa, Slim Village di sini hari ini.

Program kayuhan amal tersebut merupakan kolaborasi Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Baitul Al-Hilmi dengan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Muallim dan Majlis Daerah Tanjung Malim bagi mengumpul dana untuk pengoperasian asrama baharu Baitul Al-Hilmi.

Acryl Sani berkata terdapat empat cara dalam jenayah siber iaitu penipuan urusniaga dalam talian, ‘Love Scam’, pelaburan skim cepat kaya dan terbaharu, penyamaran panggilan sebagai kakitangan agensi kerajaan atau pihak bank menggunakan nombor telefon ‘sebenar’ yang dipalsukan bagi mengaburi penipuan.

“Mana ada pihak bank yang membuat pindaan butiran melalui telefon. Mereka bijak mengambil kesempatan daripada tindak balas mangsa yang terkejut atas perkara itu,” katanya.

Malah, beliau turut mendapati ada peningkatan laporan polis berhubung sindiket penipuan berikutan kesedaran dalam kalangan masyarakat.

Biarpun berbuih nasihat dan amaran diberi polis, wanita tempatan berusia sekitar 30-an ke atas merupakan sasaran paling mudah sindiket itu menerusi pelbagai cara.

“Contohnya dalam Love Scam, ada lagi mangsa dengan mudah tergoda dan cair pada paras rupa suspek yang menyamar sebagai lelaki kacak melalui laman sosial Facebook dan aplikasi internet lain.

“Kebiasaan mangsa diperdaya apabila buah hati warga asing itu mendakwa ada mengirim hadiah berharga ke negara ini sebelum menerima panggilan diarah membuat bayaran cukai tertentu bagi mendapatkan kiriman bungkusan hadiah itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Data PenggunaJSJKTelco
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Kelantan Tahan Lelaki Seludup Senjata Api

Next Post

FAM: Gantung Terus Pemain, Pegawai Atur Perlawanan

Related Posts

Data Pengguna Maybank2u Didakwa Digodam, Dijual Di Dark web

Data Pengguna Maybank2u Didakwa Digodam, Dijual Di Dark web

24/07/2024
0

Kuala Lumpur: Ribuan data milik pengguna platform perbankan dalam talian, Maybank2u didakwa digodam sebelum dijual di laman web gelap atau...

Telco Boleh Tawar Harga Pakej Lebih Rendah

Telco Boleh Tawar Harga Pakej Lebih Rendah

05/02/2023
0

Kuala Lumpur : Kadar harga Pakej Internet Perpaduan yang diumumkan kerajaan hanyalah garis asas bagi syarikat telekomunikasi dalam menyediakan perkhidmatan...

Next Post

FAM: Gantung Terus Pemain, Pegawai Atur Perlawanan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd