• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Sijil Halal Dari Jakim Untuk ‘Bir Halal’

oleh Ahmad Albab
17/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan sehingga kini tiada sijil halal dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk minuman ‘bir halal’ atau mana-mana produk menggunakan nama menyerupai atau dikaitkan dengan perkara yang haram.

Menurut beliau, penggunaan nama bir halal bertentangan dengan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) dan Standard Malaysia (MS1500:2009) yang dijadikan asas kepada Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dalam pengurusan sijil halal.

“Dalam manual berkenaan, jelas dinyatakan bahawa produk yang menggunakan nama ataupun nama sinomin dengan produk tidak halal atau istilah yang mengelirukan seperti ham, bak kut teh, bakon, bir dan seumpama dengannya adalah tidak layak memohon sijil halal Malaysia.

“Makanan halal dan bahan perisa tiruan halal juga hendaklah tidak menggunakan nama atau nama sinonim dengan istilah yang mengelirukan merujuk kepada makanan tidak halal,” katanya menjawab soalan Senator Khairiah Mohamed yang meminta kerajaan menyatakan senarai bir halal yang diluluskan dan berada di pasaran serta syarat penjualan bir halal.

Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negara bermula hari ini dan berakhir pada 27 April ini.

Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata sesetengah minuman tersebut mendapat sijil halal daripada syarikat swasta atau badan persijilan halal luar negara, dan terdapat juga yang tidak menggunakan sebarang logo halal pada produk mereka.

“Perlu ditekankan di sini, Jakim dan JAIN adalah pihak berkuasa dalam persijilan halal Malaysia. Setiap permohonan sijil halal Malaysia perlu mematuhi MPPHM atau standard-standard keputusan fatwa dan peraturan yang berkaitan yang diguna pakai dalam urusan pensijilan halal Malaysia.

“Oleh itu, Jakim sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan minuman ini tidak menyalahgunakan logo halal Malaysia pada produk mereka,” katanya.

Sebagai langkah menjaga kepentingan pengguna, Jamil Khir berkata tindakan undang-undang di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, yang memperuntukkan hukuman sebanyak RM200,000 boleh digunakan jika sabit kesalahan kepada syarikat pengeluar produk tersebut sekiranya produk berkaitan didapati berada di pasaran yang menggunakan label dan tanda halal Malaysia. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lompat Parti Disifatkan Proses Pemutihan UMNO

21/12/2018
0

ALOR SETAR - Situasi keluar parti dalam kalangan pimpinan UMNO ketika ini tidak menggugat kekuatan parti itu sebaliknya dilihat mampu...

Tiada Pinda Akta Tubuh Mahkamah Khas Syariah

05/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Pengisytiharan penubuhan Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah Kuala Lumpur tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd