• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada DNA Babi Pada Sampel Ikan Kolam Di Kampar

oleh Ahmad Albab
06/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Tiada Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi dikesan pada ternakan ikan di sebuah kolam di Kuala Dipang, Kampar berdasarkan ujian makmal yang dijalankan.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Perak, Dr. Bah Piyan Tan berkata Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur telah menjalankan ujian persampelan terhadap ikan dan air kolam berkenaan sebanyak tiga kali.

Katanya keputusan ujian yang dikeluarkan pada 27 Mac lalu menunjukkan ia negatif DNA babi.

“Kita tak boleh nak kata (keputusan) bebas (DNA babi sepenuhnya), ini kerana biasanya lepas 72 jam ikan makan (bangkai babi) pihak penyelidik sukar mengesan DNA itu kerana ia telah dicernakan.

“Mungkin semasa ambil sampel kejadian (beri ikan makan bangkai babi) telah berlaku lama, namun penyelidik ada menemukan beberapa tulang dan kesan daging haiwan di kawasan kolam,” katanya kepada pemberita selepas program gotong-royong sempena program Gelombang Tani Nasional (GTN) 2017 di sini, hari ini.

Ditanya sama ada kolam bekas lombong seluas lima hektar itu masih beroperasi atau sebaliknya, Dr. Bah berkata Jabatan Perikanan tiada kuasa untuk menutupnya kerana ia di bawah bidang kuasa Pejabat Daerah dan Tanah Kampar.

“Cumanya semakan memang mendapati kolam ternakan tersebut tidak pernah didaftarkan di bawah Jabatan Perikanan, beroperasi secara haram dan tidak mendapat kelulusan tapak dari Pejabat Tanah Kampar,” katanya.

Kolam ternakan ikan yang dipercayai diusahakan secara haram di atas tanah lombong di Kuala Dipang itu diserbu pihak berkuasa pada 7 Mac susulan maklumat bahawa ikan di kolam itu diberi makan bangkai babi.

Operasi menggunakan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu membabitkan beberapa jabatan seperti Jabatan Mufti, Jabatan Agama Islam Perak; Jabatan Alam Sekitar; Pejabat Daerah dan Tanah Kampar serta polis. – BERNAMA

Tags: DNAIkan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

28/07/2025
0

GUA MUSANG: Kejadian ratusan ikan mati di Sungai Ketil, dekat Taman Rekreasi Rimba Wangi, Taman Wangi, di sini, dua hari...

DNA: Sah Itu Mayat Farah Kartini

DNA: Sah Itu Mayat Farah Kartini

18/07/2024
2

SUNGAI BULOH : Polis mengesahkan wanita ditemukan mati dipercayai dibunuh di ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor, Selasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd