• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terdapat Cubaan Ganggu Muktamar PAS Ke-63

oleh
30/04/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata terdapat usaha pihak tertentu untuk mengganggu perjalanan muktamar tahunan parti, yang berlangsung di Kompeks PAS Kedah di sini.

“Kami kenal siapa yang buat tu sama ada guna poster oren, pamphlet sebaran di dalam sisipan akhbar itu pun kami kenal dan kami tak terkejutlah kerana kita mengenali kawan kita lebih daripada mengenali musuh kita.

“Ia satu tindakan terdesak oleh pihak berkenaan untuk cuba mengganggu perjalanan muktamar kita,” katanya kepada pemberita.

Takiyuddin berkata tindakan menggantung patung monyet berserban di Jalan Tandop, terletak kira-kira lima kilometer dari Kompleks PAS juga adalah serangan psikologi untuk mengganggu perjalanan muktamar, yang akan berakhir esok.

“Itu cubaan ganggu tapi saya nampak ahli-ahli kita tenang tidak jadi emosi dan kita terima itu sebagai satu serangan psikologi dari mereka yang ingin menimbulkan suasana tidak tenang mungkin untuk mempengaruhi keputusan pemilihan,” katanya.

Poster bersaiz A4 bertajuk “Zuhud PAS” berbaur serangan peribadi terhadap beberapa pemimpin PAS itu diedar kepada perwakilan, pengunjung muktamar, malahan diagih kepada orang ramai di kawasan sekitar.

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata PAS bersedia mempertimbangkan wang saguhati kepada peniaga mahupun orang ramai yang cedera dalam kejadian ribut yang melanda di sekitar tapak niaga kompleks kira-kira pukul 7.30 malam semalam.

“Yang penting, ini bukan kecuaian kita. Pada pandangan saya (peniaga dan orang ramai yang cedera) tak layak menuntut ganti rugi, apa yang boleh mungkin kita usahakan saguhati,” katanya.

Pada kejadian semalam, sebuah khemah yang menempatkan pameran dan jualan Kelab Keusahawanan Haraki (KU-Haraki) ranap selepas dipukul ribut menyebabkan 19 mangsa cedera. – BERNAMA

Tags: Muktamar PASTakiyuddin Hassan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga diesel di negara jiran iaitu Thailand, Indonesia dan Vietnam kini lebih rendah berbanding Malaysia yang merupakan...

TNB Beli Arang Batu AS$3 Bilion Dari Indonesia

31/05/2022
0

AYER KEROH: Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memeterai perjanjian import arang batu dengan pengeksport Indonesia membabitkan nilai AS$3 bilion bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd