• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tentera Bunuh 10 Pemberontak Komunis

oleh Ahmad Albab
02/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Tentera Filipina bertempur dengan pemberontak komunis berhampiran bandar General Nakar menyebabkan 10 gerila dan dua askar terbunuh, kata pegawai semalam.

Jurucakap tentera, Rhoderick Parayno berkata, askar Filipina tidak mengambil mayat pemberontak berkenaan tetapi saksi mengira terdapat 10 gerila terbunuh.

Menurutnya, satu unit askar bertempur dengan kira-kira 30 pemberontak komunis di General Nakar yang terletak di timur Manila.

Pertempuran itu menyebabkan dua askar terbunuh dan dua lagi cedera.

Kejadian terbaru itu berlaku beberapa hari sebelum rundingan damai antara kerajaan dan Parti Komunis Filipina (CPP) bagi menamatkan pemberontakan paling lama di Asia itu.

Sementara itu, kerajaan Filipina menolak gencatan senjata sebelah pihak menjelang rundingan damai yang disambung semula pada minggu depan dan berkata, kerajaan lebih cenderung dengan perjanjian kedua-dua pihak.

CPP merancang mengisytihar gencatan senjata sebelah pihak lewat semalam dan menjangkakan Manila turut mengambil langkah sama.

Rundingan damai disambung semula di Oslo, Norway pada 2 hingga 6 April ini selepas Presiden Rodrigo Duterte membatalkan rundingan sebelum ini kerana berang selepas gerila komunis menembak mati anggota polis.

“Ketika ini tiada alasan untuk mengisytiharkan gencatan senjata sebelah pihak kerana presiden hanya berminat bagi mendapatkan perjanjian dua belah pihak,” kata ketua perunding kerajaan, Silvestre Bello III. – Agensi/myMetro Online

Tags: FilipinaKomunis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lembu Diberi Minum Bir Untuk Dapat Daging Lembut

Next Post

Salman Khan Adakan Konsert Di Malaysia Selepas Sedekad

Related Posts

Tangkapan Duterte Telah Menyebabkan Pelbagai Respons Antarabangsa

02/04/2025
0

BEKAS Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ditangkap oleh Mahkamah Antarabangsa (ICC) di Hague, di mana beliau akan menghadapi perbicaraan atas dakwaan...

Siklon Tropika Trami: Malaysia Hulur Bantuan Kemanusiaan Kepada Filipina

Siklon Tropika Trami: Malaysia Hulur Bantuan Kemanusiaan Kepada Filipina

26/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia akan menghulurkan bantuan kemanusiaan dan bencana kepada Filipina yang sebahagian rakyatnya kini terjejas akibat Siklon Tropika...

Next Post

Salman Khan Adakan Konsert Di Malaysia Selepas Sedekad

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd