• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tempoh 28 Hari Tahanan SOSMA Dilanjut 5 Tahun Lagi

oleh Ahmad Albab
05/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tempoh penahanan maksimum 28 hari dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) akan terus dikuatkuasakan bagi tempoh lima tahun lagi mulai 31 Julai 2017.

Perkara itu diluluskan persidangan Dewan Rakyat malam ini selepas usul semakan pelaksanaan subseksyen 4(5) di bawah Akta berkenaan dikemukakan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed lewat malam ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan usul itu diluluskan melalui undian belah bahagian yang menyaksikan 93 anggota Parlimen menyokong pindaan Akta itu berbanding 77 menentang.

Nur Jazlan ketika penggulungannya berkata cadangan pelanjutan tempoh penahanan 28 hari di bawah subseksyen 4(5) Akta tersebut merupakan kali pertama dibuat sejak Akta itu dikuat kuasa pada 31 Julai 2012.

Katanya subseksyen 4(5) dihadkan kepada lima tahun sahaja bagi mengelakkan persepsi bahawa ia akan disalah guna pihak polis, di samping bertujuan mewujudkan elemen semak dan imbang dalam penguatkuasaannya.

Menurutnya, pelanjutan tempoh penahanan maksimum 28 hari itu masih diperlukan bagi memberi kekuatan kepada Akta berkenaan yang memerlukan siasatan dibuat dengan teliti terutamanya dalam mendapatkan keterangan dan mengesan penjenayah yang masih bebas.

“Tempoh tersebut juga akan membantu pihak polis menjalankan siasatan dan melancarkan proses pendakwaan di mahkamah, walaupun secara realitinya pihak polis mempunyai 28 hari untuk melakukan penyiasatan, namun secara tersiratnya pihak polis hanya mempunyai tempoh 21 hari sahaja untuk membuat penyiasatan.

“Hal ini berikutan baki tujuh hari tersebut pihak polis perlu menyerahkan kertas siasatan yang telah lengkap kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut,” katanya.

Beliau berkata sekiranya tempoh penahanan maksimum itu tidak dilanjutkan, kualiti siasatan pihak polis dikhuatiri akan terjejas kerana penyiasatan tersebut dikhuatiri dibuat secara tergesa-gesa iaitu selama 24 jam sahaja di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.

“Dengan kemajuan teknologi komunikasi dan multimedia pada masa ini, pesalah yang dilepaskan akan mengambil tindakan untuk bersembunyi atau melarikan diri ke luar negara,” katanya.

Subseksyen 4(5) SOSMA memperuntukkan kuasa kepada polis untuk menahan seseorang yang disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan untuk siasatan selama tempoh tidak lebih 28 hari.

Manakala subseksyen 4 (11) SOSMA pula menyebut subseksyen 4(5) hendaklah disemak tiap-tiap lima tahun dan hendaklah terhenti berkuat kuasa apabiladiluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara) untuk tidak melanjutkan tempoh kuat kuasa peruntukan itu.

Selain itu, Nur Jazlan turut memaklumkan sesi mesyuarat bahawa SOSMA berjaya mengambil tindakan pendakwaan terhadap lebih daripada 50 peratus tahanan sejak lima tahun lepas.

“Sehingga kini, seramai 989 orang ditahan di bawah SOSMA bagi tempoh 31 Julai 2012 hingga 22 Februari lepas. Sebanyak 363 telah dibebaskan dan 139 dalam proses perbicaraan manakala 502 orang telah dijatuh hukum,” katanya.

Justeru, dakwaan SOSMA gagal mengekang keganasan adalah tidak benar sama sekali, tegasnya. – BERNAMA

Tags: Datuk Nur Jazlan MohamedSOSMA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pesakit Mental Guna Chopstick Tikam Pesakit Lain

Next Post

Korea Utara Lancar Peluru Berpandu Balistik Lagi

Related Posts

SOSMA: Penambahbaikan Bagi Imbangi Keselamatan Negara, Hak Asasi Individu

SOSMA: Penambahbaikan Bagi Imbangi Keselamatan Negara, Hak Asasi Individu

19/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi...

18 Ahli Kumpulan Kongsi Gelap ‘TR’ Ditahan Bawah Sosma

18 Ahli Kumpulan Kongsi Gelap ‘TR’ Ditahan Bawah Sosma

29/05/2024
0

Seramai 18 ahli gabungan lima kongsi gelap dikenali sebagai kumpulan TR ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012...

Next Post

Korea Utara Lancar Peluru Berpandu Balistik Lagi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd