• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tarik Diri Bertanding Hakis Demokrasi Dalam PAS

oleh AK-47
29/04/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Sikap suka menarik diri daripada bertanding jawatan penting PAS, akan menghakis amalan demokrasi dalam parti, kata Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz.

Beliau yang berucap atas kapasitinya sebagai Ketua Pemuda PAS berkata, sikap berkenaan akan merugikan PAS apabila mereka yang layak tidak dapat diketengahkan bagi memberi idea dan pandangan untuk kebaikan parti.

“Ramai yang layak tapi suka tarik diri, janganlah tarik diri berilah peluang perwakilan sendiri yang memilih, saya bimbang yang tak tarik diri itu dia rasa serba salah pula.

“Walaupun tindakan itu tidak salah, tapi saya mahu ia bukan jadi amalan kita kerana dibimbangi menyebabkan suasana demokrasi dalam PAS terjejas,” katanya.

Nik Mohd. Abduh menegaskan demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan Ketua Pemuda PAS pada Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-58, di Kompleks PAS Kedah, di sini hari ini.

Beliau melepaskan jawatan itu untuk bertanding jawatan ahli jawatankuasa Pusat PAS pada muktamar kali ini dan memberi laluan kepada muka baharu menerajui sayap parti itu.

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat bagi sesi 2017-2019. – BERNAMA

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd