• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tan Cheng Hoe Tunggu Masa ‘Angkat Kaki’

oleh Ahmad Albab
09/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe menyatakan beliau hanya menunggu masa yang sesuai sebelum ‘angkat kaki’ daripada pasukan itu.

Katanya beliau kini mahu menyelesaikan beberapa isu dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) melalui perbincangan yang akan diadakan dalam masa terdekat.

“Saya ada kontrak dengan Kedah jadi saya harap ada perbincangan yang terbaik antara kami,” katanya selepas perlawanan Liga Super Kedah menentang PKNS FC di Stadium Darul Aman malam tadi.

Semalam, Naib Presiden KFA Datuk Badrol Hisham Hashim berkata berkata satu mesyuarat akan diadakan dalam masa terdekat untuk membincangkan status Cheng Hoe, yang menghantar surat peletakan jawatannya 1 April lepas.

Nama Cheng Hoe yang membawa Kedah muncul juara Piala Malaysia musim lalu disebut-sebut bakal dilantik sebagai pembantu jurulatih pasukan Harimau Malaya.

Mengenai perlawanan malam tadi, Cheng Hoe berkata beliau kecewa dengan keputusan seri 1-1 bertemu PKNS FC yang menyebabkan Kedah jatuh ke tangga kedua Liga Super walaupun berkongsi 19 mata dengan Pahang.

“Agak kecewa ditambah mutu pengadilan yang lemah hingga perlawanan dihentikan beberapa kali dalam suasana hujan lebat merencatkan corak permainan pasukan Kedah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tan Cheng Hoe
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Johan Pernah Beri Petunjuk Tidak Akan Hidup Lama 

Next Post

Pintu Kaca Balai Polis Buka Sendiri Cetus Misteri

Related Posts

Piala Suzuki AFF: Cheng Hoe Gesa Tiada Kesilapan Mudah Bertemu Vietnam

12/12/2021
0

KETUA jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, menuntut pemain negara agar tidak melakukan kesilapan mudah sewaktu berdepan Vietnam dalam aksi...

FAM Beri Bayangan Positif Status Kontrak Cheng Hoe

16/12/2018
0

SEPANG – Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi memberi bayangan positif mengenai kedudukan Tan Cheng...

Next Post

Pintu Kaca Balai Polis Buka Sendiri Cetus Misteri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd