• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tan Cheng Hoe Sah Tinggalkan Lang Merah

oleh Ahmad Albab
30/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengesahkan jurulatih Tan Cheng Hoe kini tidak lagi bersama pasukan Lang Merah.

Presiden KFA Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, semalam merupakan hari terakhir Cheng Hoe bersama dengan KFA dan buat sementara waktu, tugas jurulatih pasukan akan digalas pembantunya, Nidzam Adzha Yusoff.

“Keputusan melepaskan Cheng Hoe dibuat berdasarkan pertimbangan yang mengambil kira pelbagai sudut, meskipun menyedari pasukan Kedah bakal bersaing dalam pertandingan separuh akhir pertama Piala FA menentang Terengganu di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam ini.

“Kita sudah bincang mengenai hasrat beliau untuk berhijrah ke jawatan yang telah ditawarkan dan pada dasarnya KFA bersetuju untuk memberi peluang kepadanya untuk menimba pengalaman yang lebih di peringkat kebangsaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah di Merbok, malam tadi.

Cheng Hoe sebelum ini mengesahkan sudah menerima surat tawaran daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai penolong jurulatih Harimau Malaya pada 5 April lalu. – BERNAMA

Tags: Tan Cheng Hoe
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Piala Suzuki AFF: Cheng Hoe Gesa Tiada Kesilapan Mudah Bertemu Vietnam

12/12/2021
0

KETUA jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, menuntut pemain negara agar tidak melakukan kesilapan mudah sewaktu berdepan Vietnam dalam aksi...

FAM Beri Bayangan Positif Status Kontrak Cheng Hoe

16/12/2018
0

SEPANG – Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi memberi bayangan positif mengenai kedudukan Tan Cheng...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd