• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tan Cheng Ho Sahkan Serah Surat Letak Jawatan Kepada KFA

oleh Ahmad Albab
03/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe hari ini mengesahkan telah menyerahkan surat perletakan jawatannya sebagai jurulatih Lang Merah kepada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Sabtu lepas.

Tan ketika dihubungi Bernama berkata beliau telah menyerahkan surat berkenaan kepada pengurusan KFA dan kini masih menunggu sebarang maklum balas daripada persatuan itu.

“Saya telah serah surat tetapi masih belum ada keputusan daripada pihak tertinggi KFA dan saya masih menunggu,” katanya.

Nama Tan yang telah membawa Kedah muncul sebagai juara Piala Malaysia pada musim lalu disebut-sebut bakal dilantik sebagai pembantu jurulatih pasukan Harimau Malaysia.

Beliau dikatakan menjadi pilihan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk membantu Mario Gomez yang baharu dilantik pada 25 Mac lepas.

Sejak menggalas tugas sebagai jurulatih Kedah pada tahun 2014, Kedah telah berjaya melakar kemenangan dengan menjuarai Piala Malaysia pada musim lalu dan pada Liga Super musim ini, Kedah berada di tangga pertama dengan 18 mata yang dikutip menerusi lapan perlawanan. – BERNAMA

Tags: Tan Cheng Ho
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mikail Andre Pindah Ke Langkawi Ikut Isteri

Next Post

Belum Setahun, Yusuf Iskandar Dah ‘Holiday’ Sakan!

Related Posts

Cheng Ho Belum Terima Tawaran Rasmi FAM

13/04/2017
0

KUALA LUMPUR - Jurulatih Kedah, Tan Cheng Ho memaklumkan beliau masih belum menerima sebarang tawaran rasmi daripada Persatuan Bola Sepak...

Next Post

Belum Setahun, Yusuf Iskandar Dah 'Holiday' Sakan!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd